Apek, Lueniey Timang Cahaya Mata Perempuan
- Details
- Published on Tuesday, 04 February 2014 09:47
Pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek hari ini selamat bergelar bapa selepas isterinya Leuniey Natasha selamat melahirkan seorang bayi perempuan sekitar jam 3.00 petang semalam di Kota Bahru, Kelantan.
Leuniey Natasha selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka seberat 2.75 kilogram di Hospital Pakar Perdana, Kota Bahru selepas dimasukkan ke hospital itu, awal pagi semalam.
“Alhamdulillah, Leuniey dan bayi perempuan yang belum diberi nama berada dalam keadaan sihat,” ujar ibu Leuniey, Nor Laila Abu Bakar seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian.