Isu Bersekedudukan: "Saya Tak Salah" - Emma Maembong
- Details
- Published on Monday, 10 February 2014 09:52
Baru saja reda berita yang mencetuskan kontroversi dikatakan bercumbu dengan pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak di dalam kapal terbang sewaktu dalam perjalanan ke Amerika Syarikat bulan lalu, terbaru nama Emma Maembong panas lagi! Kali ini dakwaan yang juga berat, gadis kacukan Melayu-Scotland ini di dakwa pula bersekedudukan dengan teman rapatnya itu.
Diminta menulas mengenai hal tersebut pelakon yang namanya mula dikenali menerusi drama Kau Yang Terindah ini mengakui memang dia ada beberapa pergi ke rumah Zizan tetapi menegaskan bahwa tuduhan mereka bersekedudukan sama sekali tidak benar.
"Tentang gosip tu, ya saya ada baca. Dan saya rasa kenapa macam ni? Saya akui memang saya ada ke rumah Zizan tapi itupun kalau ibu bapa dia ada di rumah dan kalau ada ketikanya situasi yang memerlukan saya dan dia bergerak bersama-sama ke satu acara hiburan. Kalau tiada kena mengena apa-apa, saya tak akan ke rumah dia.
"Saya tak salahkan dan tak marah pun pada orang yang buat cerita itu. Mungkin cerita macam ni timbul sebab sekarang ni ramai yang nak tahu tentang status sebenar hubungan kami. Mungkin juga individu tersebut hanya nampak macam saya seorang saja yang masuk ke rumah Zizan, padahal dalam rumah dia ketika ada ibu dan ayah dia.
"Apa yang boleh saya katakan, ya Zizan adalah kawan lelaki yang paling rapat dengan saya sekarang. Saya bukan nak rahsia atau nak sorok apa-apa tentang status kami. Tapi saya tak mau kecoh-kecoh. Nanti kalau tak jadi, malu pula. Jadi buat masa ni kami berkawan saja", jelasnya ketika ditemui sewaktu di acara post-party Anugerah Meletop Era (AME) yang berlangsung di Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Menegaskan dirinya tidak bersalah, Emma bagaimanapun meluahkan rasa sedih dengan gosip yang menimpa dirinya itu. Namun dia bersyukur kerana mempunyai keluarga yang cukup memahami.
"Sudah tentu saya sedih. Tapi janji famili saya tahu yang saya sentiasa ada di rumah kalau tak terlibat dengan apa-apa penggambaran. Keluarga saya percaya saya, itu yang penting. Itu dah cukup. Saya tahu orang sentiasa bercakap tentang kita. Itu lumrah, saya redha. Cuma kalau boleh janganlah buat cerita yang boleh jatuhkan maruah orang.
"Ayah saya ada baca tentang gosip tu, tapi terus tergelak sebab dia tahu saya sentiasa dengan siapa kalau diluar. Dia tahu ke mana-mana saja saya pergi, saya bersama pengurus saya. Saya pun tak marah pada individu yang sebarkan cerita ini. Saya tahu saya tak salah. Saya dipihak yang benar", tuturnya.
Dalam pada itu diminta mengulas pula mengenai isu dia kononnya mahu keluar dari syarikat pengurusannya yang juga syarikat milik Zizan iaitu Wire Fame Entertainment, Emma berkata hal itu tidak benar.
"Saya masih dibawah pengurusan Wire Fame. Tapi saya pernah lah menyuarakan yang macam mana lah agaknya kalau saya nak uruskan kerjaya saya sendiri. Pihak syarikat kata, kalau saya betul-betul nak uruskan kerjaya sendiri, mereka benarkan dan bagi saya masa.
Tapi tak bermakna saya dah sah nak keluar dari pengurusan Wire Fame. Cuma ada menyuarakan sahaja. Saya saya Wire Fame. Mereka dah macam keluarga saya", katanya.
Mengenai dakwaan dia kini sudah besar kepala dan sering mengelak dari menjawab panggilan media, Emma membidas,
"Itulah yang susahnya, bila saya bagi kenyataan, orang kata saya menjawab. Tapi kalau saya tak bagi apa-apa kenyataan, saya diam saja, dah orang kata saya lari kan diri pula.
"Sebenarnya saya tak pergi ke mana-mana pun. Untuk pengetahuan, saya dah daftar semula nombor lama saya. Masa selepas peristiwa saya diragut di Bukit Bintang hari tu, saya tak sempat nak uruskan apa-apa. Sebab saya terpaksa terus terbang ke Amerika Syarikat. Bila balik ni baru lah dapat uruskan semua yang hilang", katanya yang bakal muncul menerusi drama bersiri Yes Bos, di TV3 mulai 15 Februari ini.
- mD