Translate

06 February 2014

Aiman Akui Bercinta Dengan Nur Fathia, Ada Sebab Berahsia

Aiman Akui Bercinta Dengan Nur Fathia, Ada Sebab Berahsia

Kredit foto Faisol MustafaKredit foto Faisol Mustafa
Selama ini kalau setiap kali diaju pertanyaan mengenai status hubungannya dengan pelakon jelita Nur Fathia Latif, aktor tinggi lampai ini setegas-tegasnya mengatakan yang mereka hanya sekadar kawan baik - bukan sebagai pasangan kekasih seperti di dakwa.
Bagaimanapun pertemuan denan Aiman Hakim Redza petang semalam akhirnya merungkai teka-teki selama ini apabila pelakon yang namanya mula dikenali menerusi drama Vanila Coklat ini mengakui hubungannya dengan heroin drama Ariana Rose itu sudah melangkah ke fasa yang lebih serius, sejak setahun lalu.
"Ya, saya serius dengan dia (Fathia), dah setahun", katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nur Fathia pada sebuah akhbar baru-baru ini yang mana aktres itu mengesahkan yang mereka bercinta.
Bagaimanapun Aiman yang ditemui pada sidang media Teater Bidasari di Istana Budaya, dilihat masih sukar mahu berterus terang. Namun dia kemudiannya membuka ulut menjelaskan sebab mengapa selama ini dia bertindak merahsiakan hal tersebut.
..
"Saya ni tradisional sikit... Begini, kami berdua ni masih ada ibu bapa masing-masing. Perkara macam ni melibatkan ramai pihak. Selama ini kami saya mahu menjaga hati ibu bapa saya juga ibu bapa Fathia. Lagipun rasa tak manis bila hubungan kami sering menjadi perbualan ramai", ujarnya.
Cabar Diri Bersilat
Beralih mengenai penglibatannya dalam Teater Bidasari, Aiman berkata pada awalnya dia menolaksi tawaran untuk menjayakan teater itu. Tetapi setelah dipujuk dan diyakinkan oleh individu berpengalaman seperti pengarah Erma Fatima, Datuk Jalaluddin Hassan juga buah hatinya sendri, Aiman bersetuju untuk menyahut cabaran menghidupkan watak anak raja bernama Tengku Indra.
..
"Mula-mula saya tolak tawarn tapi bila Kak Erma, Datuk Jalal dan Fathia bagi semangat dan keyakinan, hati saya mula terdetik, kenapa orang lain percaya yang saya boleh buat tapi saya sendiri tak yakin. Jadi saya kembali terima tawaran ni dan cabar diri saya. Walaupun sesi latihan yang diperuntukkan kami sangat singkat tapi kami para pelakon akan memberikan yang terbaik pada hari pementasan nanti. Setakat latihan hingga hari ini, banyak ilmu yang saya belajar", katanya yang pertama kali berlakon teater.
Mengulas pula mengenai gandingannya bersama Fathia (sebagai Bidasari), Aiman berkata mereka profesional dan tidak mempunyai masalah untuk mewujudkan keserasian kala di atas pentas. Lagipun sebelum ini mereka pernah berlakon bersama antaranya dalam drama Mahabbah, Diandra dan Bunga Jodoh.
Sebaliknya Aiman lebih menumpukan pada aksi silat yang disifatkan cabaran paling utama, memandangkan dia tidak mempunyai kemahiran asas dalam seni mempertahankan diri tersebut.
"Aksi saya perlu bersilat itu cabaran paling besar bagi saya. Saya belajar silat dengan seorang guru silat. Disebabkan saya tidak ada kemahiran langsun, memang sukar sebenarnya untuk bersilat. Setiap hari boleh dikatakan hampir 24 jam saya berlatih. Sampai nak makan, mandi hingga nak tidur, saya tetap cuba melakukan aksi-aksi tertentu", katanya.
Teater Bidasari merupakan naskah yang diadaptasi dari filem Melayu-Klasik sekitar tahun 60-an yang pernah dibintangi oleh Datuk Jins Shamsuddin dan Datuk Sarimah.
Diarahkan oleh Lokman Ghani, teater ini turut dijayakan oleh Datuk Jalaludin Hassan, Raja Azura, Hairul Azreen, Radhi Khalid dan Fadilah Mansor. Teater ini bakal dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya mulai 10 hingga 17 Februari ini. Maklumat lanjut mengenai tiket-tiket, layari http://redtix.airasia.com/
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED