Sepasang anggota tentera maut bersama anak
Inalillahi wainailaihi rojiun
16 Oktober 2013
Sepasang suami isteri yang bertugas sebagai anggota tentera dan anak perempuan mereka terbunuh selepas kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori tangki di KM49.0 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bukit Tinggi hari ini.
Ketua Polis Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata ketika-tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah pemandu Perodua Alza, Jiman Raup, isterinya Nik Zaieyahaliza Ya, dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, Nurul Damia.
Beliau memberitahu Bernama kemalangan berlaku kira-kira pukul 7 pagi apabila kenderaan yang dipandu Jiman dari Terengganu ke Kuala Lumpur bertembung sebuah lori tangki tanpa muatan yang menghala ke Pantai Timur. Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, mangsa Jiman Raup, 32, dan isterinya Nik Zaieyahaliza Ya, 29, bersama anak perempuan Nurul Damia Jiman, 2, dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Aidiladha di kampung halaman di Kuala Terengganu.
Ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta Perodua Alza itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemandu lori tangki dikenali Abd Rahman, 38, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor berkata, mangsa lelaki berasal dari Labuan, Sabah dan isterinya dari Terengganu adalah anggota tentera yang bertugas di Markas Tentera Kuala Lumpur.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital bentong untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Al-Fatihah
Kemalanganjalanraya.blogspot