Translate

24 October 2013

MENGESAN SUSPECT KES PECAH PEJABAT

MENGESAN SUSPEK KES PECAH PEJABAT




Kuala Lumpur, 23 Okt. 2013 - Terkejut dengan keadaan pintu hadapan pejabat diumpil dan pintu kaca dipecahkan serta wang yang disimpan di peti keselamatan pejabat hilang, seorang Pegawai Sumber Manusia sebuah syarikat membuat laporan di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur. 

Kejaidan dipercayai berlaku pada 16 Oktober 2013 disalah sebuah pejabat di Plaza Damansara, Jalan Medan Setia 1, Kuala Lumpur. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Pihak polis telah menjalankan siasatan awal dan juga meneliti rakaman CCTV di tempat kejadian. 

Hasil siasatan mendapati dua lelaki disyaki berbangsa India telah dikenal pasti dan disyaki adalah suspek dalam kejadian pecah pejabat tersebut. 

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek-suspek tersebut bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Arikrishnann ditalian 012-6107965 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields ditalian 03-90571086 atau Hotline Rakan Cop Kuala Lumpur 03-21159999 / SMS ke 32728 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED