Translate

03 April 2025

Ringgit dibuka rendah susulan dolar AS meningkat selepas langkah tarif Trump



Ringgit dibuka rendah susulan dolar AS meningkat selepas langkah tarif Trump

Bernama

03/04/2025


Pada 8 pagi, ringgit susut kepada 4.4515/4785 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila mata wang negara maju itu mengukuh selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif timbal balas global.

Pada 8 pagi, ringgit susut kepada 4.4515/4785 berbanding dolar AS daripada 4.4510/4565 semasa ditutup semalam.

Trump dilaporkan akan mengenakan tarif timbal balik, yang menyaksikan Rumah Putih mengeluarkan senarai kira-kira 100 negara dan kadar tarif masing-masing yang akan dikenakan oleh AS termasuk Malaysia.

Malaysia akan berdepan tarif timbal balik oleh AS sebanyak 24 peratus berkuat kuasa 9 April.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran mata wang akan menjadi lebih defensif berikutan kebimbangan mengenai tarif AS, dan kesannya terhadap pertumbuhan global akan menyebabkan permintaan yang lebih tinggi kepada mata wang selamat seperti dolar AS.

"Mungkin terdapat kebaikan mengenainya tetapi ini boleh menjejaskan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi global.

"Kami berpandangan platform terbaik adalah melalui Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk menjadi pengantara dalam sebarang pertikaian perdagangan," katanya kepada Bernama sambil memaklumkan ringgit mungkin melepasi paras rintangan segera RM4.45.

Ringgit didagangkan rendah berbanding mata wang utama.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.0086/0272 daripada 2.9783/9821 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.8530/8825 daripada 4.8098/8157 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.8061/8413 daripada 5.7632/7703 semalam.

Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9608/13.0489 daripada 13.0260/0490dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.3067/3270 daripada 3.3150/3193.

Bagaimanapun, ia tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 266.3/268.0 daripada 266.3/266.7 dan turut tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.78/7.83 daripada 7.78/7.79 sebelum ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 47 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fulham 3 - 2 Liverpool | 2024/25 Premier League Hi' 4 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Anggota Tentera Mengaku Tidak Bersalah Tumbuk Wani' 4 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, ketidak' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 20 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, ketidak' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 32 mins ago
A visitor from Medina viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis lepaskan tembakan, tahan tiga lelaki disyaki' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 1 hr 26 mins ago