Translate

07 March 2025

Proses rakaman keterangan Ismail Sabri esok ditangguh lagi



Proses rakaman keterangan Ismail Sabri esok ditangguh lagi

Bernama

06/03/2025


Azam Baki berkata proses rakaman percakapan membabitkan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram itu tidak dapat dilaksanakan kerana Ahli Parlimen Bera itu, berikutan masih dalam keadaan kurang sihat. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Proses rakaman kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan esok di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ditangguh ke 13 Mac ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata proses rakaman percakapan membabitkan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram itu tidak dapat dilaksanakan kerana Ahli Parlimen Bera itu, berikutan masih dalam keadaan kurang sihat.

"Sepatutnya beliau hadir esok (Jumaat), namun ia tidak dapat dilakukan kerana masih dalam cuti sakit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan perdana menteri kesembilan itu dijangka hadir ke ibu pejabat SPRM, 10 pagi esok bagi tujuan rakaman keterangan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan beliau.

Pada 10 Feb lepas, Ismail Sabri telah menghantar maklumat pengisytiharan harta sebelum keterangannya direkodkan pada 19 Feb.

Sebelum ini Azam dilaporkan berkata bekas pemimpin itu merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah safehouse susulan serbuan dilakukan pihaknya.

Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.

Setakat ini, SPRM telah merakam percakapan 31 individu serta membekukan 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta, dengan kesemua akaun adalah sah dan aktif.

SPRM sebelum ini telah menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa antaranya Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan, serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'KLIA ranks among top 10 airports globally with nea' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Monetary Authority of Singapore (MAS) shuts 1MDB-l' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 7 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 5 hrs 33 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 44 mins ago
A visitor from California viewed 'ROSMAH'S SON RIZA SHAHRIZ ABDUL AZIZ FUNDS X-RATED' 5 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 56 mins ago