Translate

27 February 2025

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara



PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara

Bernama

27/02/2025


Anwar (foto) ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Wakaf Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ni. --fotoBERNAMA


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan sesekali membenarkan sebarang pihak dalam sektor pertahanan negara terlibat dalam amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan sebarang amalan rasuah atau penyalahgunaan kuasa dalam sektor pertahanan negara kerana ia mengkhianati amanah dan merosakkan keselamatan negara.

Semua perolehan dalam sektor pertahanan mesti dilakukan secara telus dan mengikut prosedur yang ditetapkan, termasuk menggunakan proses tender untuk memastikan keperluan negara dipenuhi tanpa pembaziran.

Anwar menekankan perlunya memperbetulkan budaya mengaut kekayaan negara demi kepentingan peribadi dan memastikan keadilan dalam pengurusan negara, tanpa membiarkan orang kaya mencuri ratusan juta ringgit tanpa tindakan.

Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.

"Saya tidak kira besar mana, tinggi mana pun kamu, Saya tidak akan izinkan kerana ini akan mengorbankan, mengkhianati dan merosakkan sistem pertahanan negara kita.

"Saya tidak akan biarkan. Sedaya upaya, saya akan cuba membersihkan (perbuatan rasuah)," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Bulan Wakaf Kebangsaan 2025 di sini hari ini.

Perdana Menteri turut menekankan kepentingan sistem perolehan yang telus bagi membendung perkara terbabit daripada terus berlarutan.

Anwar berkata semua perolehan dalam sektor pertahanan perlu dilakukan secara telus dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Semua harus guna proses tender. Saya tidak peduli (anda) dari mana, besar mana, (perlu) ikut proses.

"Nak beli seumpamanya perkakasan digital, kecerdasan buatan (AI) yang baharu, pusat data ataupun senjata (mesti) ikut proses.

"Tentukan keperluan negara, jangan beli kapal (namun) berpuluh-puluh tahun tersadai, berbilion ringgit hilang. Ini kerja yang akan jahanamkan negara, padahal ini soal pertahanan negara," kata beliau.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata budaya mengaut kekayaan negara demi kepentingan peribadi perlu diperbetul.

"Bagaimana mungkin dalam sistem pengurusan negara dan tata kelola ... kita mohon orang yang gajinya RM3,000 untuk derma RM100?

"Padahal ada orang kaya mencuri ratusan juta ringgit kita biarkan kerana pelbagai alasan politik, ekonomi, dan (belas) kasihan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuching viewed 'Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLI' 13 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 25 mins ago
A visitor from Bayan lepas viewed 'Gobind Singh berpotensi teruskan legasi politik Ka' 31 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLI' 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pulau Pinang senarai 10 projek keutamaan permohona' 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih se' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong ' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 1 hr 4 mins ago