Translate

28 February 2025

Warga emas didenda RM6,000 miliki senapang patah buatan sendiri, 108 peluru



Warga emas didenda RM6,000 miliki senapang patah buatan sendiri, 108 peluru

Bernama

27/02/2025


Omar didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki senapang patah buatan sendiri dan 108 butir peluru tanpa lesen, minggu lepas. - Gambar Bernama


KOTA TINGGI: Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki senapang patah buatan sendiri dan 108 butir peluru tanpa lesen, minggu lepas.

Omar Busari, 65, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan yang turut memerintahkan hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki selaras senapang patah buatan sendiri tanpa lesen atau permit senjata di sebuah rumah di Ladang Pasir Panjang, Kota Tinggi kira-kira 12 tengah hari pada 21 Feb lepas.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki 108 butir peluru jenis Bucshot (12 Bore) tanpa lesen atau permit senjata sah pada tarikh, masa dan lokasi sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nor Ayu Hidayah M. Safri manakala tertuduh diwakili peguam Nur Afiqah Hambali daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Nur Afiqah merayu mahkamah menjatuhkan hukuman denda yang ringan kerana anak guamnya merupakan pesalah pertama, tidak bekerja dan ditanggung anak yang bekerja sebagai pengurus restoran selain menghidap penyakit kencing manis serta darah tinggi.

"Kesalahan tertuduh juga tidak melibatkan sebarang kecederaan," katanya.

Nor Ayu Hidayah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada masyarakat.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan seorang warga emas dan merampas selaras senapang patah laras tunggal buatan sendiri dan peluru jenis buckshot serta pelbagai peralatan membuat senjata di sebuah rumah di Ladang Pasir Panjang, Kota Tinggi, Jumaat lepas.

Siasatan awal polis mendapati warga emas itu bukan sahaja mahir membuat senjata api, tetapi juga menjalankan pekerjaan sambilan membaiki peralatan itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih se' 36 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong ' 38 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Fahmi optimis pemilihan PKR seiring hala tuju part' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami Cekup Isteri, Kekasih Di Hotel Bajet | BEST ' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Israel bunuh lebih 400 orang di Gaza, gencatan sen' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KLIA ranks among top 10 airports globally with nea' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Monetary Authority of Singapore (MAS) shuts 1MDB-l' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 5 hrs 2 mins ago