Translate

27 February 2025

Tarik lesen, senarai hitam peniaga 'Ali Baba' tapak bazar Ramadan - Amirudin



Tarik lesen, senarai hitam peniaga 'Ali Baba' tapak bazar Ramadan - Amirudin

Bernama

27/02/2025


Amirudin berkata kerajaan negeri memandang serius perkara itu walaupun setakat ini tidak menerima sebarang aduan berkaitan perkara itu. - Gambar fail


SHAH ALAM: Selangor akan bertindak tegas dengan menarik balik lesen serta menyenarai hitam peniaga bazar Ramadan yang didapati menjual permit atau tapak perniagaan kepada pihak ketiga.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri memandang serius perkara itu walaupun setakat ini tidak menerima sebarang aduan berlaku perbuatan 'mengalibabakan' tapak atau lot perniagaan yang disediakan kepada peniaga untuk Ramadan kali ini.

"Kita sudah minta pihak berkuasa tempatan (PBT) selaku pihak yang mengeluarkan lesen atau permit untuk melakukan pemantauan dan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terbabit termasuk tidak membenarkan mereka berniaga.

"Tindakan mereka umpama menganiaya pihak yang benar-benar ingin berniaga tetapi kita lega sebab setakat ini, kita tidak dengar kes seperti ini berlaku di Selangor terutamanya di tapak atau ruang perniagaan yang disediakan PBT atau agensi di bawah kerajaan negeri," katanya selepas merasmikan Festival Ramadan Selangor (FESTIRA) 2025 di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri dilaporkan meminta penguat kuasa PBT sentiasa berada di lokasi bagi menjamin kawasan bazar Ramadan yang melibatkan 15,882 tapak di seluruh Selangor, tidak dicerobohi peniaga haram.

Berhubung FESTIRA, Amirudin berkata walaupun setelah 11 tahun dianjurkan, festival brkenaan kekal menjadi pilihan rakyat Selangor sebagai lokasi beli-belah yang wajib dikunjungi sepanjang Ramadan.

Beliau berkata FESTIRA yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui anak syarikat PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) dirangka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam membantu usahawan kecil dan sederhana mengembangkan perniagaan.

Festival kali ini, katanya disertai 1,500 usahawan yang menawarkan pelbagai produk melibatkan empat lokasi iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, pusat beli-belah SACC Mall, Kompleks PKNS Bangi dan satu lokasi baharu iaitu di Galeria SA Sentral di Seksyen 14.

"Kita sasarkan kehadiran tiga juta pengunjung dengan transaksi jualan sekitar RM100,000 bagi setiap peniaga," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Monetary Authority of Singapore (MAS) shuts 1MDB-l' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 4 hrs 48 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from California viewed 'ROSMAH'S SON RIZA SHAHRIZ ABDUL AZIZ FUNDS X-RATED' 5 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 32 mins ago