Translate

27 February 2025

Kerajaan tambah jaminan RM10 bilion bagi sklim kredit perumahan bantu 20,000 peminjam



Kerajaan tambah jaminan RM10 bilion bagi sklim kredit perumahan bantu 20,000 peminjam

Bernama

27/02/2025


Amir Hamzah berkata, peningkatan itu mengambil kira perkembangan semasa dengan ramai yang bekerja dalam sektor informal dan menjadi pekerja gig. - Bernama


KUALA LUMPUR: Skim Jaminan Kredit Perumahan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) akan ditingkatkan dengan tambahan jaminan RM10 bilion tahun ini sekali gus akan memberikan manfaat kepada lebih 20,000 peminjam.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata peningkatan itu mengambil kira perkembangan semasa dengan ramai yang bekerja dalam sektor informal dan menjadi pekerja gig.

Kerajaan MADANI prihatin dengan cabaran pembiayaan perumahan yang dihadapi oleh mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memiliki rumah pertama, katanya ketika berucap melancarkan Inisiatif Belanjawan 2025 - Peruntukan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan dan Skim Jaminan Kredit Perumahan di sini, Khamis.

Beliau berkata dalam pada itu, menerusi Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukkan RM20 bilion kepada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) untuk pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Jumlah tersebut dijangka menjamin sehingga 80 peratus pembiayaan usahawan PKS, khususnya yang terlibat dalam sektor tumpuan seperti halal, teknologi tinggi serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan pelancongan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from California viewed 'ROSMAH'S SON RIZA SHAHRIZ ABDUL AZIZ FUNDS X-RATED' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada Lagi Lesen Import Baharu Rokok Mulai 1 Janua' 3 hrs 1 min ago
A visitor from Malacca viewed 'Garis Panduan Majlis Akad Nikah - JAWI | BEST FBKL' 3 hrs 8 mins ago