Translate

27 February 2025

Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia



Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia

Bernama

27/02/2025


Anwar (tengah) mengadakan perbincangan dua hala bersama Shoigu (empat, kiri) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Gambar/ Bernama


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra di sini hari ini, untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu keselamatan dan pertahanan.

Ketibaan Shoigu di bangunan yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri itu kira-kira pukul 10.15 pagi dimulakan dengan Kawalan Kehormatan Setempat daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

Shoigu kemudian menandatangani buku pelawat sebelum mengadakan pertemuan dengan Anwar.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Duta Besar Rusia ke Malaysia Nail Latypov.

Tahun lepas, Anwar mengadakan lawatan ke Rusia untuk menghadiri forum ekonomi dan berucap bersama-sama Presiden Vladimir Putin.

Pada 2023, Rusia merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah, dengan jumlah dagangan dua hala meningkat sebanyak 15.6 peratus tahun ke tahun kepada RM14.22 bilion (US$3.1 bilion), berbanding RM12.3 bilion (US$2.79 bilion) yang direkodkan pada 2022.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Keputusan pemilihan CEC DAP tidak ada kaitan kedud' 51 secs ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mo' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Ainon Mohon Maaf Dakwa Nabi Amal Nepotisme | BEST ' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Alleged gang members deported from US arrive in El' 11 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki 73 Tahun Rugi Lebih RM60,000 | BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Ops Khas Pagar Laut 2024, rampasan hampir RM9 juta' 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 20 mins ago