Translate

27 February 2025

Presiden Prabowo lancar perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia



Presiden Prabowo lancar perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia

Bernama

27/02/2025


Prabowo (tengah) melancarkan perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia yang akan menyediakan perkhidmatan deposit emas, menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. - Gambar Pejabat Presiden


JAKARTA: Presiden Prabowo Subianto pada Rabu secara rasmi melancarkan perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia yang akan menyediakan perkhidmatan deposit emas, menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Berucap pada majlis di Jakarta Pusat, Prabowo menyatakan, perkhidmatan perbankan bulion baharu yang ditawarkan oleh PT Pegadaian dan Bank Syariah Indonesia dijangka menyumbang IDR 245 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta mewujudkan 1.8 juta pekerjaan baharu.

"Indonesia yang memiliki rizab emas keenam terbesar di dunia, buat pertama kalinya akan mempunyai bank bulion. Kami berharap ini akan mempercepat simpanan dan meningkatkan rizab emas negara," katanya, dengan acara itu disiarkan secara langsung oleh Sekretariat Presiden.

Menurut Prabowo, pengenalan perkhidmatan perbankan bulion dijangka mengoptimumkan industri pemprosesan emas Indonesia dari huluan ke hiliran, menjimatkan pertukaran asing serta menjadi alat kawalan kestabilan monetari melalui kecairan emas.

Beliau turut menekankan bahawa pengeluaran emas Indonesia telah meningkat daripada 100 tan kepada 160 tan setahun.

Penubuhan perkhidmatan perbankan bulion itu mengikut Peraturan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan No. 17 Tahun 2024, yang menetapkan syarat ekuiti minimum sebanyak IDR 14 trilion bagi institusi yang terlibat dalam perniagaan bulion.

Bank Syariah Indonesia menerima lesen pada 12 Feb 2025 manakala PT Pegadaian memperoleh lesennya pada 23 Dis 2024. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Alleged gang members deported from US arrive in El' 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Suami Cekup Isteri, Kekasih Di Hotel Bajet | BEST ' 22 mins ago
A visitor from Central viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga ditahan terbabit sindiket percepat permohonan' 44 mins ago
A visitor from Sandakan viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 48 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Keputusan pemilihan CEC DAP tidak ada kaitan kedud' 57 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 58 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mo' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 58 mins ago