Translate

26 February 2025

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal



Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal

Bernama

26/02/2025


Penetapan harga tersebut adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 27 Feb hingga 5 Mac ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung juga kekal pada paras RM3.18 seliter sementara harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak berubah iaitu RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Menurut kenyataan itu, penetapan harga tersebut adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED