Translate

28 February 2025

Putera Mahkota Arab Saudi berkenan hadir Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Di KL- Mohamad



Putera Mahkota Arab Saudi berkenan hadir Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Di KL- Mohamad

Bernama

28/02/2025


Mohammed bin Salman berkenan mengadakan lawatan ke Malaysia bagi menghadiri sidang kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Mei ini. - Gambar fail AP


DUBAI: Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman berkenan mengadakan lawatan ke Malaysia bagi menghadiri sidang kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Mei ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, turut mengesahkan kehadiran ke sidang kemuncak itu ialah Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal Farhan Al-Saud.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri Putera Faisal menerusi satu panggilan telefon daripada pemimpin itu kepada beliau, pada Khamis.

“Putera Faisal buat panggilan ketika saya sedang transit di Dubai, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menamatkan lawatan rasmi ke Tehran, saya telah beri jemputan dan beliau maklum akan hadir bersama Putera Mahkota,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohamad mengadakan lawatan rasmi pertama ke Iran dari 25 hingga 27 Feb, antara lain bagi mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Malaysia-Iran bersama rakan sejawatannya, Seyyed Abbas Araghchi, selain mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian.

Mengulas lanjut mengenai perbualan telefon itu, Mohamad berkata, beliau dan Putera Faisal yang juga Pengerusi Bersama Mesyuarat Majlis Penyelarasan Saudi-Malaysia (SMCC) turut membincangkan perkembangan hubungan dua hala kedua-dua negara.

“Kami berdua dipertanggungjawabkan untuk pastikan hubungan dua hala terutama soal perdagangan, pelaburan dan lain-lain, termasuk apa-apa yang telah dirunding untuk segera dilaksana SMCC dan diberi laporan secara suku tahunan.

“Jadi dalam perbualan itu kami beri maklum balas, seterusnya kami akan melaporkan perkembangan mengenai perkara berkaitan kepada pemimpin masing-masing,” katanya.

Mohamad hari ini turut membuat panggilan kepada Menteri Luar Bahrain, Dr Abdullatif Rashid Al Zayani bagi mengundang pemimpin negara Teluk itu untuk bersama-sama menghadiri ASEAN-GCC.

Ketika lawatan rasmi ke negara Teluk itu pada 19 dan 20 Feb lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengundang Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa untuk menghadiri sidang kemuncak sama. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Isu had tempoh jawatan PM perlu dihujah dengan ada' 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar ke' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 40 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''DEFIES LOGI' 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'e-Ansuran LHDN boleh diakses di portal MyTax | BES' 52 mins ago