Translate

31 January 2024

Pemilik butik dipenjara setahun, sebatan tipu bakal pengantin



Pemilik butik dipenjara setahun, sebatan tipu bakal pengantin

Bernama

Januari 31, 2024
Hasmerun mengaku bersalah dan diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Pemilik butik dipenjara setahun, sebatan tipu bakal pengantin

Hasmerun mengaku bersalah dan diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula hari ini. - Gambar/ Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik butik pengantin di Raub, Pahang yang menawarkan khidmat perancang perkahwinan dijatuhkan hukuman penjara setahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana menipu pelanggannya yang juga bakal pengantin melibatkan kerugian RM9,000 tahun lepas.

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasmerun Hashim, 31, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, Hasmerun didakwa menipu seorang wanita berusia 29 tahun dengan memperdayakannya untuk menyerahkan wang berjumlah RM9,000 secara berperingkat sebanyak dua kali transaksi ke akaun CIMB atas nama Arjuna Cinta Wedding milik tertuduh dalam urusan untuk mendapatkan khidmat perancang perkahwinan.







Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan di sebuah kediaman di Taman Shamelin Perkasa, Cheras pada 23 Ogos dan 25 Ogos 2023, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda.

Hasmerun, yang tidak diwakili peguam memohon hukuman minimum atas alasan dia menanggung ibu bapa yang sakit, adik yang bersekolah dan anak saudara.

"Saya mengaku salah atas kesalahan dibuat dan mohon hukuman sebat digugurkan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh selain memaklumkan tidak ada keadaan istimewa yang membolehkan mahkamah tidak mengenakan hukuman sebatan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 31 secs ago
A visitor from Ashburn viewed 'President Xi Jinping concludes three-day state vis' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 24 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 27 mins ago
A visitor from Berlin viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Lebih 100 permohonan pas pelabur diterima JIM | BE' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump Accuses Xi Jinping of Using Southeast' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump Accuses Xi Jinping of Using Southeast' 1 hr 24 mins ago