Translate

28 January 2024

Peminat bola sepak yang jual motornya, Derrick Gan terima hadiah skuter Modenas



Peminat bola sepak tular, Derrick Gan, terima hadiah skuter Modenas
ASTRO AWANI
Januari 27, 2024 

Derrick menerima sebuah motor skuter Modenas Karisma bernilai RM5,400 dihadiahkan oleh Ketua Pegawai Esekutif Modenas Roslan Roskan. - Astro AWANI

KUALA LUMPUR : Penyokong Harimau Malaya yang tular di media sosial Derrick Gan dikejutkan dengan penyampai 3 Pagi Era, Radin sejurus tiba di lapangan terbang KLIA.

Derrick menerima sebuah motor skuter Modenas Karisma bernilai RM5,400 dihadiahkan oleh Ketua Pegawai Esekutif Modenas Roslan Roskan.

“Saya tidak menyangka menerima sebuah motosikal skuter selepas pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di Doha antara Malaysia dan Korea Selatan.
 
“Saya akan gunakan skuter ini dengan sebaiknya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Modenas dan juga radio Era yang menyambut kepulangan saya dengan penuh kejutan.

“Ia satu pengalaman yang luar biasa dan menggembirakan dalam hidup saya, serta tidak akan dilupakan.

“Selain itu, skuter ini juga sebagai hadiah istimewa dan simbolik untuk meraikan hari lahir saya pada 28 Januari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Derrick juga berkesempatan membuat panggilan video bersama penjaga gol Malaysia Syihan Hazmi.

Syihan akui berbangga dengan semangat Derrick yang begitu semangat menyokong terhadap pasukan bola sepak negara.

Derrick menjadi tumpuan peminat bola sepak negara selepas menjual motosikal kesayangannya untuk membiayai perjalanan ke Doha.

Dia berbuat demikian untuk menonton perlawanan bola sepak kelayakan Piala Asia untuk memberi sokongan penuh kepada pasukan Harimau Malaya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 55 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 57 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 4 hrs 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 4 hrs 30 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 4 hrs 43 mins ago