Translate

27 January 2024

Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan



Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan

Bernama

Januari 27, 2024
Heidil Iskandar (kiri) dan Mohd Zulkifli didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 26 Januari atas pertuduhan menipu berkaitan projek perlombongan dan usahasama menggunakan nama MB Inc. - Bernama

Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan

Heidil Iskandar (kiri) dan Mohd Zulkifli didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 26 Januari atas pertuduhan menipu berkaitan projek perlombongan dan usahasama menggunakan nama MB Inc. - Bernama

IPOH: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti sama ada terdapat petugasnya terlibat dalam kes penipuan berkaitan projek perlombongan dan usahasama dengan menggunakan nama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

MB Inc dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya juga tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana petugasnya jika didapati bersalah dan akan mengambil tindakan dalaman yang tegas.

"MB Inc mengambil maklum terhadap berita yang dilaporkan oleh media tempatan berkaitan dua individu yang dituduh di mahkamah semalam kerana penipuan berkaitan pemberian projek perlombongan oleh MB Inc dan penyamaran sebagai CEO (ketua pegawai eksekutif) MB Inc.







"Pihak kami memandang serius insiden ini dan pada masa sama turut membantu pihak polis dalam siasatan," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu mana-mana pihak yang ingin membuat pertanyaan atau cadangan dinasihatkan supaya menggunakan medium atau saluran rasmi MB Inc dan tidak menggunakan perkhidmatan 'orang tengah'.

Semalam, media melaporkan Heidil Iskandar Mohd Shamlan, 33, dan Mohd Zulkifli Mohd Toha, 45, didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua tuduhan menipu menggunakan nama MB Inc dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Mereka didakwa menipu Muhammad Razlan Abdullah, 65, dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa mereka dapat memberi satu projek perlombongan unsur nadi bumi (REE) di Hulu Perak menggunakan nama MB Inc.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 36 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 2 hrs 33 mins ago