Translate

29 January 2024

Wan Junaidi angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-8

 Wan Junaidi angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Astro Awani

Januari 29, 2024 

Wan Junaidi angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Wan Junaidi mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan. -UKAS

KUCHING: Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan dalam Majlis Istiadat Angkat Sumpah di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Istiadat dimulakan dengan pembacaan Surat Cara Pelantikan yang disempurnakan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ia kemudian disusuli dengan acara mengangkat sumpah sebelum Wan Junaidi menandatangani Surat Pengisytiharan dan Surat Sumpah Jawatan.

Terdahulu Wan Junaidi serta isterinya Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi tiba di DUN Sarawak pada jam 3 petang.

Beliau kemudian membuat pemeriksaan kawalan kehormatan oleh lebih 100 pegawai dan anggota berlainan pangkat Batalion Ke-11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak.

Pada 26 Januari lalu, Wan Junaidi yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Negara, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Langgan Pelacur Dengan Wechat | BEST FBKL' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '17 roads in the capital, Putrajaya closed in conju' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '17 roads in the capital, Putrajaya closed in conju' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '17 roads in the capital, Putrajaya closed in conju' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua Lelaki Cedera Diserang Lima Lelaki Bersenjata ' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rumah runtuh awal pagi, 6 sekeluarga nyaris maut |' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 1 hr 27 mins ago