Translate

31 January 2024

Sarawak akan muktamadkan penambahan pegangan saham dalam Affin Bank



Sarawak akan muktamadkan penambahan pegangan saham dalam Affin Bank

ASTRO AWANI

Januari 30, 2024
Abang Johari berkata, perbincangan mengenai jumlah penambahan pegangan saham itu akan dibuat dalam masa terdekat. - Gambar fail/Bernama

Sarawak akan muktamadkan penambahan pegangan saham dalam Affin Bank

Abang Johari berkata, perbincangan mengenai jumlah penambahan pegangan saham itu akan dibuat dalam masa terdekat. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR : Kerajaan Sarawak akan memuktamadkan urus niaga penambahan pegangan sahamnya dalam Affin Bank Bhd.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perbincangan mengenai perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat.

"Dalam masa yang sangat terdekat akan diumumkan (penambahan saham di dalam Affin Bank).







Mengenai berapa peratus kepentingan yang akan dipegang oleh Kerajaan negeri Sarawak, ia akan diumumkan kelak. Saya tidak boleh beritahu sekarang," ujar beliau.

Abang Johari berkata demikian selepas merasmikan Tinjauan Pasaran Malaysia Affin Bank di ibu negara, hari ini.

Selain itu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang merupakan pemegang saham utama Affin Bank dengan memiliki 28.785 peratus pegangan saham telah berbincang dengan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak untuk urus niaga membabitkan saham tambahan dalam bank berkenaan.

Difahamkan, Sarawak ingin menambah kepentingan Affin Bank sehingga lebih 20 peratus, sekali gus menjadikannya sebagai pemegang saham utama.

"Kita akan mempunyai simpanan jika ada berlakunya krisis dan ia juga memberikan pulangan pelaburan," tambah beliau lagi.

Sebelum ini Kerajaan Sarawak dilaporkan berminat menambah pegangan sedia ada dalam Affin Bank Bhd sehingga 20 peratus.

Setakat 29 Disember 2023, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak memiliki 4.796 peratus saham dalam Affin Bank.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 2 hrs ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 40 mins ago