Translate

26 January 2024

Piala Asia 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada Harimau Malaya



Piala Asia 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada Harimau Malaya

Bernama

Januari 25, 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang berjaya memberikan tentangan sengit kepada Korea Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023. - Foto Facebook Anwar Ibrahi

Piala Asia 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada Harimau Malaya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang berjaya memberikan tentangan sengit kepada Korea Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023. - Foto Facebook Anwar Ibrahi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang berjaya memberikan tentangan sengit kepada Korea Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar, hari ini.

Menerusi ciapan ringkas di laman X hari ini, Anwar turut berharap pasukan bola sepak negara akan meneruskan perjuangan mereka dan tidak menyerah kalah.

"Tahniah Harimau Malaya beri tentangan sengit kepada Korea Selatan. Terima kasih daripada seluruh rakyat Malaysia. Teruskan perjuangan anda selepas ini, usah menyerah kalah," katanya.







Skuad Harimau Malaya hampir menumbangkan juara dua kali Korea Selatan sebelum mencatat keputusan seri 3-3 pada perlawanan berkenaan, sekali gus menyaksikan Korea Selatan kekal di posisi kedua Kumpulan E dengan mengumpul lima mata sementara Malaysia membawa satu mata.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata keputusan berkenaan merupakan hadiah terbaik kepada 'pemain ke-12' yang menyaksikan kehebatan anak buah Kim Pan Gon beraksi di bumi Qatar mahupun di Malaysia.

"Harimau Malaysia stamped our mark on the Asian stage. We will be back in the next Asian Cup! This draw against Korea is the biggest gift to Harimau Malaya fans in Qatar and all across Malaysia.

"When we put our heart and soul into everything we do, the world will notice. #RoadToGold... Mr Kim Pan Gon- you rock! Datuk Hamidin of Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)- Tahniah FAM," katanya menerusi hantaran Facebook rasminya malam ini.

(Harimau Malaysia mengukir nama di pentas Asia. Kami akan kembali dalam Piala Asia akan datang! Keputusan seri menentang Korea ini merupakan hadiah terbesar kepada peminat Harimau Malaya di Qatar dan seluruh Malaysia.

"Apabila kita berusaha sepenuh hati dan jiwa dalam semua yang kita lakukan, dunia akan menyedarinya. #RoadToGold... Encik Kim Pan Gon- anda hebat! Datuk Hamidin dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)- Tahniah FAM)

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Michigan viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 6 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 6 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Sparks fly at the first meeting between President ' 24 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Royalties Participating in the Sea Games | BEST FB' 51 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Bapa rakam penghargaan atas sumbangan rakyat Malay' 54 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 55 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah L' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 3 hrs 11 mins ago