Translate

29 January 2024

Sarjan wanita didakwa terima suapan RM3,000 bagi tutup kes cabul



Sarjan wanita didakwa terima suapan RM3,000 bagi tutup kes cabul

Bernama

Januari 29, 2024
Seorang sarjan polis wanita mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anaknya bagi kesalahan cabul, dua tahun lepas.

Sarjan wanita didakwa terima suapan RM3,000 bagi tutup kes cabul

Seorang sarjan polis wanita mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anaknya bagi kesalahan cabul, dua tahun lepas. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang sarjan polis wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anaknya bagi kesalahan cabul, dua tahun lepas.

Bagaimanapun, Nur Mastisha, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di IPK Kuala Lumpur pada jam 8 malam, 1 Okt 2022.







Peruduhan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atiqah Mohamad Alias mencadangkan jaminan RM2,000 berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM berhampiran.

Nur Mastisha yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dengan alasan dia telah digantung kerja selain mempunyai tanggungan dua anak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM berdekatan.

Mahkamah turut menetapkan 7 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 36 mins ago