Translate

19 September 2023

Video tular insiden 26 March: Kejadian langgar motosikal anggota URB tidak disengajakan - Polis




Video tular: Kejadian langgar motosikal anggota URB tidak disengajakan - Polis
Aida Aziz
September 19, 2023 10:00 MYT

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

MUALLIM: Video tular di media sosial berhubung kemalangan membabitkan sebuah motosikal melanggar motosikal anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) merupakan insiden pada 26 April lalu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, status yang ditulis di video berkenaan tidak benar sama sekali serta tidak menggambarkan apa sebenarnya yang berlaku.

Katanya pada Isnin, pihaknya mengesan satu video pendek di media sosial dengan status 'Di saat rakyat dianiaya oleh pemimpin negara' serta 'Izinkan kami langgar apa yang ada depan mata'.

"Video terbabit mendapat banyak komen negatif daripada warganet.

"Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim ingin menjelaskan bahawa kejadian sebenar yang berlaku itu adalah pada 26 April lalu.

"Dua anggota URB IPD Muallim menghala ke kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bersih, Slim Village selepas menerima maklumat berkaitan kemalangan jalan raya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tangkap layar video yang tular di media sosial. Ujar Mohd Hasni, semasa dalam perjalanan tersebut, anggota URB bertanyakan lokasi sebenar kepada sekumpulan penduduk tempatan.

Bagaimanapun, ketika hendak menghala ke tempat kejadian, sebuah motosikal yang ditunggang seorang penduduk kampung secara rapat tidak sengaja melanggar bahagian belakang motosikal anggota URB.

"Pelanggaran tersebut tidak menyebabkan apa-apa kerosakan dan telah diselesaikan secara baik," katanya lagi.

Justeru katanya, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan persepsi negatif boleh menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED