Translate

27 September 2023

Ibu simbah air panas terhadap anak kerana habiskan data Internet



Ibu simbah air panas terhadap anak kerana habiskan data Internet

26 September 2023, 3:21pm





Tertuduh dibawa keluar Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. – FOTO: NSTP



Tertuduh dibawa keluar Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. – FOTO: NSTP

MELAKA: Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimbah air panas terhadap anak kandungannya, tahun lalu.




Tertuduh berusia 37 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.




Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dengan cara menyimbah air panas ke arah mangsa.




Perbuatan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 2.56 pagi di sebuah rumah di Sungai Udang, pada 27 Jun 2022.




Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A kanun sama yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.




Terdahulu, prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nazrin Ali Rahim, memohon supaya jaminan tidak diberikan dengan mengambil kira faktor tertuduh tinggal bersama mangsa di rumah sama selain dia tidak diwakili peguam.




Mahkamah kemudian menetapkan 26 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.




Difahamkan, kejadian berpunca apabila tertuduh berang dengan mangsa yang juga anak keduanya kerana menghabiskan data Internet telefon bimbitnya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Arsenal Trounce Real Madrid 3-0 as Inter Milan Sho' Just now
A visitor from Manila viewed 'October 2016' 4 mins ago
A visitor from Batangas viewed 'February 2015' 4 mins ago
A visitor from Cavite city viewed 'September 2019' 7 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'KKM akan panggil MMA untuk libat urus la' 14 mins ago
A visitor from Indian head viewed 'FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah berikutan se' 16 mins ago
A visitor from New york viewed 'Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS ' 16 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS ' 17 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah berikutan se' 18 mins ago
A visitor from Washington viewed 'KKM akan panggil MMA untuk libat urus la' 18 mins ago