Translate

01 July 2023

PRN: BN tanding 45 peratus kerusi, PH 55 peratus - Zahid



PRN: BN tanding 45 peratus kerusi, PH 55 peratus - Zahid

Ahmad Zahid berkata, keputusan itu dibuat, berdasarkan kedudukan semasa kerusi yang dimenangi oleh BN dan PH, pada pilihan raya umum yang lepas. - Gambar fail

Julai 1, 2023 14:08 MYT

PRN: BN tanding 45 peratus kerusi, PH 55 peratus - Zahid

Ahmad Zahid berkata, keputusan itu dibuat, berdasarkan kedudukan semasa kerusi yang dimenangi oleh BN dan PH, pada pilihan raya umum yang lepas. - Gambar fail

CHUKAI: Barisan Nasional (BN) dijangka bertanding 45 peratus daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN), kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, baki kerusi selebihnya akan ditandingi oleh Pakatan Harapan (PH).

Ahmad Zahid berkata, keputusan itu dibuat, berdasarkan kedudukan semasa kerusi yang dimenangi oleh BN dan PH, pada pilihan raya umum yang lepas.



"Ini berdasarkan kepada kerusi (DUN) yang sedia ada, yang dimenangi oleh PH... Sebab itu peratus itu lebih kepada parti komponen dalam PH.

"Kita akan umum statistik (sebenar) apabila keputusan terakhir dimuktamadkan," katanya selepas hadir Majlis Korban Perdana dan Jamuan Rakyat BN di Pantai Penunjuk dekat sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata BN akan bertanding lebih 100 kerusi DUN dan keputusan akhir akan dibuat oleh beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam masa terdekat.

Sementara itu Ahmad Zahid turut meminta badan perhubungan UMNO negeri mengemukakan nama tiga orang calon untuk disenarai pendek dalam pilihan raya itu nanti.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED