Translate

17 July 2023

Jual vape: 'Malaysia seolah-olah sudah memasuki era 'Wild Wild West' - Khairy

 


Jual vape: 'Malaysia seolah-olah sudah memasuki era 'Wild Wild West' - Khairy
Astro Awani
Julai 17, 2023

\Khairy turut memohon maaf kerana penjualan vape tanpa kawalan sehingga orang ramai, terutama ibu bapa terpaksa berhadapan dengan situasi seperti itu. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini menyuarakan kebimbangan berhubung penjualan berleluasa vape tanpa kawalan di Malaysia, sehingga ia menarik minat media antarabangsa menghasilkan satu laporan khas tentang isu itu.

Melalui laman Twitter, beliau memberi reaksi mengenai laporan khas, Al Jazera dalam program berjudul, 101 East yang mempaparkan bukti produk itu mudah dibeli oleh kanak-kanak bawah 18 tahun.

Beliau menganggap Malaysia seolah-olah sudah memasuki era Wild Wild West selepas penjualan bahan nikotin itu tidak lagi dikawal oleh undang-undang.
 
"Tiada penguatkuasaan di Malaysia kerana toada undang-undang di Malaysia," kata Khairy.
Dalam laporan penyiasatan berkenaan krew Al Jazera dilaporkan mengunjungi enam buah kedai menjual vape di ibu negara.
Laporan itu menyebut, tiada satu kedai yang meminta kad pengenalan bagi pengesahan umur walaupun terdapat notis yang memaparkan bahan itu hanya boleh dibeli pada usia 18 tahun ke atas.

Khairy turut memohon maaf kerana penjualan vape tanpa kawalan sehingga orang ramai, terutama ibu bapa terpaksa berhadapan dengan situasi seperti itu.

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pregnant woman pleads guilty to soliciting clients' 39 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Actress Zarina Zainddun spoke of how the investmen' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 4 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 5 hrs 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 9 mins ago