Translate

31 May 2023

Untung bersih KPJ melonjak kepada RM51.9 juta bagi suku pertama

 Untung bersih KPJ melonjak kepada RM51.9 juta bagi suku pertama

Bernama

Mei 31, 2023Untung bersih KPJ melonjak kepada RM51.9 juta bagi suku pertama

Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd melonjak kepada RM51.90 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 daripada RM22.14 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun kewangan 2022.

Untung bersih KPJ melonjak kepada RM51.9 juta bagi suku pertama

Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd melonjak kepada RM51.90 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 daripada RM22.14 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun kewangan 2022.

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd melonjak kepada RM51.90 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 daripada RM22.14 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun kewangan 2022.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, KPJ menjelaskan, perolehan pula meningkat kepada RM828.98 juta daripada RM641.64 juta, kenaikan sebanyak 29 peratus, bagi tempoh yang sama.

"Keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) bagi suku ini adalah sebanyak RM190.2 juta, 27 peratus lebih baik daripada RM150.3 juta yang dicatatkan pada suku sama sebelumnya.



"Keuntungan sebelum cukai pula menunjukkan prestasi cemerlang dengan RM77.6 juta, peningkatan sekali ganda daripada RM38.4 juta pada suku pertama tahun kewangan 2022. Prestasi yang lebih baik ini didorong terutama oleh prestasi daripada segmen Malaysia," jelasnya.

Menurut KPJ, perolehan lebih tinggi sebanyak RM828.98 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2023 adalah susulan peningkatan lawatan pesakit dan kadar penghunian katil masing-masing kepada 821,126 pesakit daripada 786,421 pesakit dan 70 peratus daripada 48 peratus.

"Segmen Malaysia menyumbang peningkatan perolehan sebanyak RM182.1 juta pada suku ini kepada RM800.7 juta daripada RM618.6 juta pada suku pertama tahun kewangan 2022. Kenaikan ini mewakili 97 peratus daripada jumlah kenaikan bagi syarikat ini," tambahnya.

KPJ kekal optimis dengan potensi pertumbuhan segmen pelancongan kesihatan dengan lebih banyak ketibaan pelancong dijangka pada 2023.

"Kami menjangkakan penstabilan beransur-ansur bagi peningkatan pasaran domestik. Tumpuan kami kekal kepada inisiatif yang bertujuan meningkatkan kecekapan, kapasiti tambahan operasi yang diperkenalkan pada 2022, dan meningkatkan intensiti perolehan dengan menyediakan perkhidmatan khusus," menurutnya.

Dividen interim satu peringkat sebanyak 0.65 sen bagi setiap saham biasa yang akan dibayar pada 4 Julai, 2023. - BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kajang viewed 'TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyuku' 16 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 26 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 53 mins ago
A visitor from Quezon city viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Menteri kesal, tuan r' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hub' 3 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 8 hrs 36 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 8 hrs 59 mins ago