Translate

09 January 2023

TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyukuran perkahwinan Wan Junaidi

 TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyukuran perkahwinan Wan Junaidi

ASTRO AWANI

TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyukuran perkahwinan Wan Junaidi
Wan Junaidi melangsungkan pernikahan dengan Fauziah, 44, yang juga bekas pramugari di Kuala Lumpur pada 10 Disember lalu. - Gambar/ Astro AWANI

KUCHING: Majlis kesyukuran sempena perkahwinan Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama permaisuri hatinya Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi diadakan secara sederhana namun meriah di Dewan Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di sini, malam ini.

Antara yang hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri Datin Sri Ruziah Mohd Tahir.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) yang berusia 77 tahun itu melangsungkan pernikahan dengan Fauziah, 44, yang juga bekas pramugari di Kuala Lumpur pada 10 Disember lalu.

Ia merupakan perkahwinan kedua Wan Junaidi selepas isterinya, Datin Seri Norjanah Fiona Sim Abdullah meninggal dunia pada 27 Mei lalu.

Pada perkahwinan terdahulu, Wan Junaidi dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED