Translate

12 May 2023

Konsert Satu Suara Siti Nurhaliza Sabtu Ini, Menampilkan Gandingan Dengan Ernie Zakri dan Jay Jay







unknown_340027481_247135054388770_5286802353875173017_n



Konsert Satu Suara Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul Sabtu ini untuk volume ketiga selepas lapan tahun dengan kali ini menampilkan gandingan dua penyanyi dari era berbeza iaitu Jay Jay (70-an) dan Ernie Zakri (2000-an).


“Bagi saya, kalau nak buat trio tu kena tiga-tiga tu sesuai dengan lagu yang kita akan nyanyikan. Macam Jay Jay lagu-lagu dia kita masih boleh menyanyi bersama. Bagi saya lagu dia sangat evergreen dan anak muda sekarang pun tetap boleh menyanyi sekali.


“Macam Ernie, selain kagum dengan kebolehannya bernyanyi, saya memang teringin sangat nak bekerjasama dengan dia. Dia antara nama yang memang sudah ada dalam senarai saya,” katanya


Konsert anjuran Yayasan Nurjiwa ini akan diadakan di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.





Semua hasil kutipan tiket akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa milik Siti dan suaminya, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa. Ini juga termasuk dana untuk sekolah yang dibuka penyanyi Cindai itu di Gaza, Palestin.

“Ini matlamat saya sekarang. Apa yang saya lakukan seperti konsert ini saya kembalikan kepada masyarakat dan membantu golongan yang kurang bernasib baik.


“Sebagai pengasas Yayasan Nurjiwa, saya berharap agar konsert ini dapat mengajak penonton serta peminat bersama-sama membuat kebaikan.

Tiket untuk konsert Sabtu ini boleh dibeli dengan harga RM288, RM388, RM488 dan RM588 di www.myticket.asia.



 Siti bergandingan dengan Jay Jay (kiri) dan Ernie Zakri (dua dari kiri) serta Aubrey Suwito (Kanan) sebagai pengarah muzik






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED