Translate

01 May 2021

Ustaz Ebit Lew Ziarah Keluarga Dua Beradik Lemas Jatuh Jambatan Gantung (Video)

Ustaz Ebit Lew Ziarah Keluarga Dua Beradik Lemas Jatuh Jambatan Gantung



Ebit Lew ziarah keluarga dua beradik lemas jatuh jambatan gantung

Astro Awani
1/5/2021

ROMPIN: Kejadian dua beradik mati lemas setelah terjatuh dari jambatan di Kampung Rekoh, di sini mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ebit Lew apabila beliau meluangkan masa menziarahi keluarga kanak-kanak malang itu.

Ebit yang memuat naik hantaran di laman Facebook miliknya pada Jumaat turut berkongsi rasa sedih dengan kejadian yang menimpa keluarga terbabit.

Melalui hantaran itu, beliau memaklumkan turut menghulurkan sumbangan bagi membaiki jambatan yang rosak hingga mengundang tragedi meragut nyawa kanak-kanak itu.

"Sayu rasa hati bila dengar dua adik comel lemas di Kampung Rekoh di mana sebelum kejadian, ibunya membawa mereka dengan menaiki motosikal ke klinik kerana kedua-duanya demam.

"Dah ambil ubat masa perjalanan balik, motosikal dinaiki tersangkut dan kedua anaknya terjatuh ke dalam sungai. Hampir dua hari hilang. Hari ini dijumpai dan dekat Asar tadi selesai pengkebumian. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun," ujarnya melalui hantaran itu.

Beliau turut berjumpa ketua kampung bertanya mengenai jambatan itu.

"Saya beri belanja untuk baiki pagar jambatan yang sudah rosak kerana banjir. Keadaannya yang licin boleh mendatangkan bahaya jika tiada pagar.

"Ahad ni mereka akan buat pagar dawai sepanjang jambatan itu. Saya lalu tadi sedih rasa bila lihat pagar dawai semua dah berlubang," katanya.

Jelas Ebit, beliau risau dengan keadaan itu dan bimbang kejadian sama berulang kerana ramai penduduk menggunakan jambatan tersebut untuk hantar anak ke sekolah dan urusan lain di seberang.

"Saya doakan jambatan baharu yang lebih baik dapat dibina disini dengan segera," ujarnya.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, dua beradik, Putri Rama Dhania Azahra Masari,3, dan kakaknya Dhenis Maulida Putri,7, dikhuatiri lemas apabila terjatuh daripada jambatan gantung sebelum dihanyutkan arus.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 11.15 pagi itu kedua-dua mangsa membonceng motosikal yang ditungggang ibunya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Difahamkan, motosikal yang dinaiki tiga beranak itu hilang keseimbangan dan tumbang di atas jambatan menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh ke dalam sungai.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa segera digerakkan melubatkan 30 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Operasi SAR ditamatkan selepas mayat dua beradik itu berjaya ditemui pada malam Khamis dan pagi Jumaat.

FOR MORE NEWS GO TO:
Ustaz Ebit Lew Ziarah Keluarga Dua Beradik Lemas Jatuh Jambatan Gantung
Ustaz Ebit Lew Ziarah Keluarga Dua Beradik Lemas Jatuh Jambatan Gantung
Ustaz Ebit Lew Ziarah Keluarga Dua Beradik Lemas Jatuh Jambatan Gantung

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video Fathia Latiff Menari dengan g*ya yang sunggu' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 4 hrs 22 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 5 hrs 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 5 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 5 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 7 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 7 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 7 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan diperin' 7 hrs 24 mins ago