'Nilai 3 terletak di Selangor' |
Nilai 3 terletak di Selangor' - Polis siasat pemilik akaun FB
KiniTV
Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Facebook disyaki menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kegentaran awam.
Ia berhubung satu kenyataan yang dibuat iaitu 'Nilai 3 terletak di negeri Selangor'.
Isu itu timbul selepas selebriti Neelofa dan suaminya Muhammad Haris tidak didakwa meskipun dikatakan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Nilai 3, di Negeri Sembilan.
Source: KiniTV YouTube
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) mengesahkan Nilai 3 terletak di Negeri Sembilan.
PUTRAJAYA: Setelah tular kecoh diperdebat warganet, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) mengesahkan Nilai 3 terletak di Negeri Sembilan.
Pengesahan tersebut dimaklumkan agensi berkenaan menerusi hantaran kepada persoalan ‘panas’ yang dikemukakan pelbagai pihak dalam akaun sosial rasmi Facebooknya.
“Tuan, Nilai 3 berada dalam Negeri Sembilan dan bukannya di negeri Selangor. Harap maklum,” jawab ringkas pentadbir laman tersebut sebagai merujuk pertanyaan ramai netizen.
Sejak kelmarin, pengguna media sosial negara ini berang dengan langkah Jabatan Peguam Negara tidak mendakwa pasangan selebriti terkenal atas tuduhan sengaja merentas negeri.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman dipetik media sebagai berkata, kertas siasatan berkenaan sudah pun dirujuk kepada pejabat Peguam Negara di sini.
Jawapan itu mengundang reaksi marah warganet kerana jelas Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail sah merentas ke Negeri Sembilan dari Selangor.
Justeru, ramai netizen membuat jenaka selain berseloroh mengkritik Jabatan Peguam Negara sebagai ‘buta’ geografi atau tidak pernah tahu garis sempadan antara dua negeri berjiran itu.
Nilai 3 adalah bandar kecil di Daerah Seremban, Negeri Sembilan serta terkenal sebagai destinasi beli-belah produk tekstil, perabot dan permaidani yang dimajukan awal tahun 2000.Ia terletak tidak jauh dari sempadan dengan negeri Selangor dan diuruskan oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban disebabkan kedudukan geografinya masih dalam Daerah Seremban. – UTUSAN ONLINE