Jumlah Keseluruhan Kes Malaysia |
COVID-19: 6,320 kes baharu, 50 kematian, jumlah kes lepasi angka 500,000
Astro Awani
PUTRAJAYA: Malaysia hari ini mencatatkan sebanyak 6,320 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan terkini adalah sebanyak 505,115 kes.
Selain itu, Kementerian Kesihatan (KKM) turut merekodkan sebanyak 50 kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 2,199 kes.
Daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tiga kes import yang menerima jangkitan dari luar negara melibatkan bukan warganegara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 53,682 kes,” katanya dalam sidang media pada Sabtu.
Menurutnya, bilangan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini adalah sebanyak 652 kes dan daripada jumlah itu 370 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, angka kes sembuh hari ini merekodkan pertambahan sebanyak 4,694 kes dan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 449,234 kes.
Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan pertambahan sebanyak 17 lagi kluster baharu.
FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-6320-kes-baharu-50-kematian-jumlah-kes-lepasi-angka-500000-299286
Kes pertama #COVID19 di negara ini dilaporkan pada 25 Jan 2020. Hari ini, keseluruhan kes positif telah melebihi 500,000.
Duduk di rumah. Amalkan self lockdown untuk putuskan rantaian jangkitan virus ini.
Kes pertama #COVID19 di negara ini dilaporkan pada 25 Jan 2020. Hari ini, keseluruhan kes positif telah melebihi 500,000.
Duduk di rumah. Amalkan self lockdown untuk putuskan rantaian jangkitan virus ini.