Translate

23 May 2021

Covid-19 Malaysia | New Cases- 6,976 Total- 512,091 | Recovered- 3,587 Active- 57,020 | Deaths- 49, Total- 2,248

Kenyataan Akhbar KPK 23 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

23 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 23 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,587 kes (452,821 kes kumulatif, 88.4%);
  • Kes baharu :6,976 kes (512,091 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (1 warganegara dan 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,971 kes [6,324 warganegara (90.7%); 647 bukan warganegara (9.3%)];
  • Kes aktif : 57,022 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :681 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 361 kes;
  • Kes kematian : 49 kes (2,248 kes kumulatif, 0.44%; 48 warganegara, 1 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,025 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 24 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,469 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 556 kluster.

Sebanyak 49 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 14 kes di Selangor, lapan (8) kes di Johor, masing-masing enam (6) kes di Pulau Pinang dan Melaka, empat (4) kes di Kedah, tiga (3) kes di Sarawak, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan dan Perlis.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Semalam Y.B. Menteri Kanan Pertahanan telah mengumumkan pelbagai strategi bagi mengurangkan lagi pergerakan di kalangan masyarakat. Langkah yang diumumkan adalah antara tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh semua pihak bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, memberi ruang kepada KKM untuk menjalankan pelbagai aktiviti kawalan kesihatan awam di lapangan serta meningkatkan lagi kapasiti operasi bagi menghadapi gelombang kes-kes COVID-19 yang didapati masih terus meningkat.

Namun begitu, yang paling mustahak bagi menentukan kejayaan tindakan yang diperkenalkan adalah pematuhan oleh pelbagai pihak dari semua lapisan masyarakat dan segmen. Misalnya, majikan dan jabatan-jabatan adalah dimohon untuk bekerjasama dengan arahan serta Garis Panduan Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ini bagi memastikan pekerja yang hadir ke tempat kerja adalah mengikut kapasiti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Masyarakat pula terus diseru untuk membantu KKM dalam mengurangkan kes COVID-19 yang kian meningkat dengan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan secara kendiri di rumah, iaitu disiplin diri yang tinggi dalam mematuhi apa jua nasihat dan peraturan yang dikeluarkan Kerajaan. Semasa diberi kelonggaran Bekerja di Rumah (BDR), janganlah menggunakan kesempatan ini untuk keluar dari rumah bagi tujuan yang tidak diperlukan. Duduklah di rumah selama sekurang-kurangnya dua (2) minggu ini jika tiada keperluan untuk keluar. Sekiranya terpaksa keluar dari rumah, ikutilah SOP yang ditetapkan dan lindungi diri seperti yang sering dinasihatkan oleh KKM.

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 Mei 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 23 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,235167,629
SABAH13660,378
JOHOR54953,963
WP KUALA LUMPUR447 (4)53,639
SARAWAK66342,283
PULAU PINANG37225,735
NEGERI SEMBILAN43422,704
KELANTAN  62622,546
PERAK27918,549
KEDAH42215,344
MELAKA2099,761
PAHANG2637,772
TERENGGANU2666,967
WP LABUAN37 (1)2,711
WP PUTRAJAYA301,674
PERLIS8436
JUMLAH KESELURUHAN6,976 (5)512,091

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 49 kes kematian pada 23 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (Warganegara)Umur (Tahun)HospitalLatar Belakang
2200SabahLelaki (WN)69Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, gout, dan buah pinggang kronik
2201SarawakLelaki (WN)68Hospital SibuPenyakit kencing manis, dislipidemia, paru-paru, hepatitis B, dan buah pinggang kronik
2202SabahLelaki (WN)74Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis
2203SarawakLelaki (WN)64Hospital SibuPenyakit darah tinggi
2204SelangorLelaki (WN)27Hospital Serdang
2205PerlisLelaki (WN)74  Hospital Tuanku Fauziah, PerlisPenyakit paru-paru dan jantung
2206Pulau PinangLelaki (WN)61Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis dan dislipidemia
2207JohorLelaki (WN)67Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2208JohorPerempuan (WN)63Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit darah tinggi, jantung dan obesiti
2209SarawakPerempuan (WN)74Hospital BintuluPenyakit darah tinggi
2210Pulau PinangLelaki (WN)75Hospital Kepala BatasPenyakit darah tinggi dan strok
2211Pulau PinangLelaki (WN)85Hospital Gleaneagles, Pulau PinangPenyakit darah tinggi, jantung dan buah pinggang kronik
2212MelakaPerempuan (WN)40Hospital Melaka
2213MelakaPerempuan (WN)93Hospital Melaka
2214Negeri SembilanLelaki (WN)64Hospital Tuanku Ja’afar, SerembanPenyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung
2215JohorPerempuan (WN)85Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
2216JohorLelaki (WN)64Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang
2217WP Kuala LumpurLelaki (WN)77Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
2218MelakaLelaki (WN)86Hospital MelakaPenyakit jantung
2219SelangorLelaki (WN)69Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, jantung dan dislipidemia
2220KedahPerempuan (WN)80Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
2221JohorLelaki (WN)78Hospital Sultanah Aminah, Johor BharuPenyakit darah tinggi dan asma
2222Pulau PinangPerempuan (WN)83Hospital Gleaneagles, Pulau PinangPenyakit kencing manis, darah tinggi dan strok
2223MelakaPerempuan (WN)78Hospital MelakaPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2224SelangorLelaki (WN)84Hospital SerdangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2225SelangorPerempuan (WN)54Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik
2226WP Kuala LumpurPerempuan (WN)33Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurPenyakit obesiti
2227Pulau PinangLelaki (WN)51Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis
2228KedahLelaki (WN)86Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit darah tinggi
2229KedahPerempuan (WN)33Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit kencing manis
2230SelangorPerempuan (WN)73Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
2231SelangorPerempuan (WN)87Hospital Sungai Buloh
2232SelangorLelaki (WN)75Hospital Tanjung KarangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
2233JohorLelaki (WN)68Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang
2234MelakaPerempuan (WN)43Hospital MelakaPenyakit kencing manis
2235JohorPerempuan (WN)49Hospital Kota TinggiPenyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
2236Pulau PinangLelaki (WN)64Jenazah dibawa ke Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
2237KelantanLelaki (WN)36Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir PutehPenyakit darah tinggi, gout dan obesiti
2238SelangorPerempuan (WN)90Hospital Kuala LumpurStrok
2239SelangorPerempuan (WN)82Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit darah tinggi
2240SelangorLelaki (WN)76Hospital Shah AlamPenyakit darah tinggi
2241SelangorPerempuan (WN)74Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurPenyakit darah tinggi dan obesiti
2242SelangorLelaki (WN)71Hospital KajangPenyakit paru-paru
2243SelangorPerempuan (WN)59Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik
2244JohorPerempuan (WN)25Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat
2245Negeri SembilanLelaki (WN)88Jenazah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala PilahPenyakit darah tinggi, dislipidemia dan buah pinggang kronik
2246KedahPerempuan (WN)69Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit darah tinggi, dislipidemia dan buah pinggang kronik
2247MelakaPerempuan (WN)71Hospital MelakaPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
2248SelangorPerempuan (BWN)60Jenazah dibawa ke Hospital Selayang

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 3

Perincian 6,976 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 23 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,235721,768395
SARAWAK66382452129
KELANTAN626140361125
JOHOR549194254101
WP KUALA LUMPUR447402634140
NEGERI SEMBILAN43455253126
KEDAH42279194149
PULAU PINANG372121110141
PERAK2792016792
TERENGGANU26611311241
PAHANG26311711036
MELAKA209599951
SABAH136307135
WP LABUAN3724616
WP PUTRAJAYA30237
PERLIS862
JUMLAH KESELURUHAN6,9761,1464,24951,576

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 23 MEI 2021

BilKlusterKategoriNegeriDaerahJumlah kesJumlah saringan
 Jalan Kempas DuaTempat KerjaJohorMuar68118
 Persiaran Cassia Selatan DuaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan56112
 Jalan Bukit PuchongTempat KerjaSelangorPetaling38102
 Jalan Enam SelatanTempat KerjaSelangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri SembilanSepang, Kuala Langat, Petaling, Cheras, Putrajaya, Seremban, Rembau dan Port Dickson31110
 Industri Bukit MinyakTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah28143
 Kemuning TujuhTempat KerjaSelangorKlang dan Petaling2686
 Jalan Kilang UbiTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah16110
 Jalan Perindustrian LimaTempat KerjaJohorMuar1587
 Bandar Jalan PutraTempat KerjaPahangKuantan13161
 Simpang JuassehKomunitiNegeri SembilanJempol, Kuala Pilah dan Seremban54174
 Jarum LautKomunitiJohorTangkak3884
 Bukit TemedakKomunitiSarawakPakan3088
 Kampung ParohKomunitiTerengganuBesut26314
 Jalan ManggaKomunitiSabahKota Kinabalu14108
 Kampung JakarKomunitiKelantanMachang1021
 Taman Sourabaya IndahKomunitiSarawakKuching934
 Kampung PanggongKomunitiKelantanPasir Puteh821
 Permai SejahteraKeagamaanPahangLipis dan Kuantan711,035
 Terendak PermaiKeagamaanMelakaMelaka Tengah27220
 Dah Seri PerigiKeagamaanKedahYan2158
 Taman MajupaduKeagamaanJohorKluang1556
 Jalan Desa SatuKeagamaanSelangorKuala Selangor12135
 Parit Dato OnnKeagamaanJohorPontian11351
 Jalan TemiangKumpulan Berisiko TinggiNegeri SembilanSeremban13120


Status terkini COVID-19 setakat 23 Mei 2021

Jumlah kes sembuh baharu: 3,587 kes

Jumlah kumulatif kes sembuh: 452,821 kes (88.4%)

Jumlah kes baharu COVID-19: 6,976 kes

Jumlah kumulatif: 512,091 kes

Jumlah kes aktif: 57,020 kes

Kes tempatan: 6,971 kes (6,324 WN, 647 BWN)

Kes import: 5 kes (1 WN, 4 BWN)

Jumlah kematian baharu: 49 kes (48 WN, 1 BWN)

Jumlah kumulatif kematian: 2,248 kes (0.44 %)

Jumlah kes di ICU: 681 kes

Pesakit COVID-19 Intubated: 361 kes

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED