Translate

24 May 2021

Bayi Lelaki Terjatuh Dari Katil Disahkan Meninggal Dunia - Polis

Bayi lelaki berusia 14 bulan yang mengalami pendarahan dalaman akibat terjatuh dari katil di rumah pengasuhnya
Police Logo

Bayi lelaki terjatuh dari katil disahkan meninggal dunia - Polis


BERNAMA

DUNGUN, 24 Mei -- Seorang bayi lelaki berusia 14 bulan yang mengalami pendarahan dalaman akibat terjatuh dari katil di rumah pengasuhnya pada Sabtu lepas, meninggal dunia 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata bayi tersebut Khaleel Islam Mohamad Ehafizuddin disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

"Mangsa telah mengalami pendarahan di bahagian ubun-ubun dan keretakan tulang kepala di bahagian belakang.

"Pada hari kejadian, kira-kira 10.20 pagi, bapa mangsa telah menerima panggilan telefon daripada isterinya tentang insiden itu dan bergegas ke rumah pengasuh yang terletak di Paka. Pengasuh yang berusia 24 tahun dan bapa mangsa sempat menghantar bayi tersebut ke Klinik Kesihatan Paka sebelum dirujuk ke Hsopital Dungun dan HSNZ ," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Baharudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana cuai hingga menyebabkan kematian.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED