Translate

13 March 2021

Video Viral - Pergaduhan Di Bangsar Tular Di Media Sosial, Seorang Meninggal Dunia



Pergaduhan Di Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur.  

13/3/2021

Fakta Kes:

Pada 13/03/21 jam lebih kurang 0100 hrs semasa Pengadu sedang bertugas di Pusat Kawalan IPD Brickfields telah terima panggilan dari (1) (L) India penama XXXXXXXX X/X XXXXXXX memaklum kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki India berhampiran Bangsar Village Jalan Telawi 2 Bangsar.

Kematian/kecederaan.
Si Mati
Nama : XXXXXX XXXXX a/l XXXXXX
KPT : 930XXX-XX-XXXX
Alamat : XX XX XX XXXXXXXX XXXXXX Kampung Laksamana Jaya 68100 Batu Caves Selangor.
Rekod Lampau : 2 rekod kes jenayah (i). Selayang Rpt. 16102/16 Sek. 506 KK dan (ii) Selayang Rpt. 21163/17 Sek. 506 KK.
 
Cedera Parah
Nama : XXXXXXXXXXX a/l XXXXXXXX
KPT : 910XXX-XX-XXXX
Alamat : XX XX XXXXX XXXX Taman Wahyu 68100 Kuala Lumpur.

Rekod Lampau : 1 kes Dadah bersabit Jinjang Rpt. 22607/19 Sek. 12 (2) (3) ADB.
 
Hasil Siasatan

1. kejadian berlaku di lorong belakang Jalan Telawi 3 di belakang Affin Bank. Si mati bersama rakan telah ke Jalan Telawi untuk minum minuman keras di XXXXXX XXXXXX setelah selesai minum dalam perjalanan untuk ke tempat letak kenderaan telah terjumpa dengan kumpulan saspek dan berlaku pergaduhan. Si mati telah ditoreh dengan menggunakan pisau di bahagian badan dan ditikam dengan botol beer oleh saspek.
 
2. Si mati yang mengalami kecederaan akibat di serang telah melarikan diri ke arah Bangsar Village dan telah terjatuh di hadapan 7-elevan. Jarak tempat Kejadian dengan tempat si mati jatuh lebih kurang 150 meter. Si mati telah dibawa ke Hospital PPUM oleh kawan si mati dan si mati meninggal dunia semasa menerima rawatan di PPUM.

3. Motif kejadian dipercayai dendam lama antara si mati dan saspek. (5) orang saspek telah dikenal pasti dan usaha sedang dijalankan untuk mengesan saspek.

4. Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian muka sedang mendapat rawatan di HKL.

Source: Info Roadblock JPJ/POLIS



Viral Pergaduhan Beramai-ramai Di Jalan Telawi, Bangsar Kuala Lumpur

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED