Translate

27 March 2021

Polis Buru Banduan Yang melarikan diri daripada Penjara Pengkalan Chepa

Polis buru banduan lolos

Kelab Info Malaysia
27/3/2021

Kota Bharu: Polis memburu seorang lelaki yang melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, polis menerima panggilan daripada penjara yang memaklumkan banduan lelaki melarikan diri pada jam 10.13 pagi.

Katanya, suspek dikenali sebagai Mohamad Soolleh Mohd Noor, 31, dari Kampung Delima, Wakaf Bharu.

"Suspek adalah banduan tahanan reman bicara bagi kes di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) yang ditahan di Penjara Pengkalan Chepa sejak 22 Mac lalu.

"Dalam masa sama, suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan dengan jenayah dan dadah," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, suspek disedari melarikan diri semasa proses pembuangan sampah dan dipercayai memanjat pagar di menara penjara.

"Polis dengan bantuan semua bahagian termasuk pihak penjara sedang menjalankan pencarian suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada polis atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Source: Kelab Info Malaysia / Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Rafizi sedia letak jawatan sebagai Menteri Ekonomi' 15 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas | BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysia bebas daripada penyakit antraks - DVS | B' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PGA rampas tanaman hiasan cuba diseludup ke dalam ' 15 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 31 mins ago
A visitor from Dallas viewed 'Airplane dining in downtown KL on a actual Boeing ' 48 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'MALAYSIA, Alexis SueAnn - Contestant Introduction ' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Remaja perempuan terjatuh dari jeti ditemukan lema' 2 hrs 10 mins ago