Translate
31 March 2021
Ex-Policeman Sentenced To Death For Step-Daughter’s Murder
BERNAMA
31/3/2021
KUALA LUMPUR: A former police corporal told his family members to accept what had happened and to look after his children after the High Court here today sentenced him to death by hanging for killing his step-daughter six years ago.
Judge Collin Lawrence Sequerah handed down the sentence on Muhammad Khairuanuar Baharuddin, 39, after finding that the defence had failed to raise reasonable doubts against the prosecution’s case at the end of the defence case.
As soon as the proceeding ended, Muhammad Khairuanuar, who was in the dock and looked calm, turned to his family members, who were in the public gallery, and with a smile , said, “InsyaAllah, It has been determined by Allah. Pray for the best. Take good care of my children”.
Most of the family members were not able to hold back their tears and were seen crying.
Muhammad Khairuanuar was charged with murdering two-year-old Hanis Amanda Mohd Zafil during an incident at a condominium in Section 5, Wangsa Maju here between 7am and 7.30pm on Nov 6, 2015.
The charge, framed under Section 302 of the Penal Code, provides the mandatory death sentence upon conviction.
In the judgment, Judge Sequerah said the court found that all the circumstantial evidence in the case led to the conclusion that the accused killed the deceased.
“Therefore, the court convicted the accused under Section 302 (of the Penal Code). The punishment in this case is mandatory, which is hanged to death,“ he added.
Deputy public prosecutor Zahida Zakaria prosecuted in the case, while lawyer Fahri Azzat represented Muhammad Khairuanuar.
The heartbreaking case was reported by the media in November 2015 and it led to the opening of a Facebook account under the name “Justice For Amanda”.
Najib, Rosmah Dan Pemilik Firma Barang Kemas Lubnan Akan Periksa 11,991 Unit barang kemas
Najib, Rosmah dan pemilik firma barang kemas Lubnan akan periksa 11,991 unit barang kemas
BERNAMA
31/3/2021
KUALA LUMPUR, 31 Mac -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta pemilik syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL dari Lubnan, Samer Halimeh akan memeriksa 11,991 unit barang kemas yang kini disimpan dalam lebih 90 buah kotak di dalam bilik kebal di Bank Negara Malaysia (BNM).
Barang kemas itu antara pelbagai barangan yang disita polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin hari ini menetapkan 12 hingga 15 Julai atau 2 hingga 6 Ogos ini bagi pemeriksaan barang kemas oleh pihak ketiga dan pengurusan kes ditetapkan pada 1 Jun.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin berkata berdasarkan simulasi yang telah dilakukan antara pihak pendakwaan, BNM dan pegawai penyiasat kes, pemeriksaan ke atas 11,991 unit barang kemas itu akan mengambil masa antara empat hingga lima hari.
“Pemeriksaan bagi setiap kotak akan mengambil masa kira-kira 15 ke 20 minit, tetapi tempoh ini masih bergantung kepada cara pemeriksaan oleh pihak ketiga. Jadi dalam tempoh satu jam, kami menganggarkan lebih kurang empat kotak akan diperiksa.
"Bagaimanapun, pihak BNM menasihatkan pihak-pihak terlibat untuk tidak berada di dalam bilik kebal itu lebih daripada lima jam berikutan kandungan oksigen yang rendah. Berdasarkan kiraan kami, pemeriksaan barang kemas ini akan mengambil masa empat hingga lima hari dan ia hanya boleh dilakukan pada hari bekerja,” katanya pada prosiding pengurusan kes lucut hak terhadap Obyu Holdings hari ini.
Najib, Rosmah dan Global Royalty merupakan pihak ketiga yang ingin menuntut barang kemas dalam permohonan lucut hak difailkan pendakwaan terhadap Obyu Holdings, yang dimiliki oleh Tan Sri Bustari Yusof.
Sementara itu, peguam Datuk David Gurupatham yang mewakili Global Royalty berkata Samer kini berada di United Kingdom dan pihaknya akan membuat permohonan pas khas untuk anak guamnya memasuki Malaysia bagi memeriksa barang kemas berkenaan.
“Buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai sekatan di mana negara yang mengalami kes COVID-19 tinggi tidak dibenarkan masuk ke negara kita. Namun, ada proses di mana pas khas boleh dimohon sekiranya keadaan sesuai. Kami akan membuat permohonan pas khas berdasarkan kebenaran KKM,” katanya.
Faten Hadni pula berkata penilaian risiko perlu dibuat terhadap mana-mana individu untuk memasuki Malaysia dari United Kingdom dan pihaknya akan mengkaji dengan lebih lanjut prosedur berkenaan.
Dalam prosiding hari ini, peguam Syahirah Hanapiah dan Iskandar Shah Ibrahim mewakii Najib dan Rosmah.
Sebelum ini, pemeriksaan untuk barangan kemas itu belum dilakukan setelah Samer tidak dibenarkan memasuki negara ini berikutan sempadan negara ditutup susulan wabak COVID-19.
Bagaimanapun, pada 25 Julai tahun lepas, Najib dan Rosmah telah memeriksa sebanyak 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang turut disita dari premis sama.
Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings bagi menyita pelbagai barang termasuk 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.
Wang dan barang kemas itu dirampas oleh pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Malaysia Terima 600,000 Dos Vaksin AstraZeneca Pada Jun - Khairy
Astro Awani
31/3/2021
PUTRAJAYA: Malaysia dijangka menerima 600,000 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca menerusi kilang pembuatan vaksin itu di Thailand pada Jun depan.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, pihaknya telah menerima jadual penghantaran itu daripada AstraZeneca Malaysia pada Rabu.
"Saya baru sahaja menerima jadual penghantaran vaksin AstraZeneca. Tetapi ini bukan dari fasiliti COVAX, tetapi terus dari AstraZeneca Malaysia iaitu menerusi kontrak pembuatan vaksin AstraZeneca di Thailand.
"Saya nak mengesahkan penghantaran vaksin AstraZeneca ini bermula Jun depan… kita akan menerima 600,000 dos vaksin tersebut yang akan dihantar secara berkala setiap bulan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Kolaborasi Korporat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di sini pada Rabu.
Bagaimanapun, jelas Khairy, kerajaan masih menunggu jadual penghantaran mengenai pembelian vaksin AstraZeneca menerusi fasiliti COVAX.
Mengulas lanjut berkenaan tindakan kerajaan India baru-baru ini menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca daripada Serum Institute of India (SII), kata Khairy, tindakan itu tidak akan menjejaskan penghantaran vaksin AstraZeneca ke Malaysia.
Ini kerana, ujar beliau, vaksin AstraZeneca yang dibeli oleh Malaysia dibuat oleh syarikat pengeluar vaksin dari Korea, SK Bioscience.
"Saya percaya tindakan menggantung vaksin tersebut oleh kerajaan India tiada kaitan dengan vaksin yang akan kita terima, kerana vaksin AstraZeneca itu dibuat oleh syarikat dari negara Korea, SK Bioscience," jelas Khairy lagi.
Cabul Wanita, Buruh Dipenjara Setahun
Buruh dipenjara setahun mengaku cabul wanita
Kelab Info Malaysia
31/3/2021
Kota Bharu: Seorang buruh dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul seorang wanita, Khamis lalu.
Tertuduh, Amran Abdullah, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah kepada seorang wanita berusia 19 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.
Kesalahan itu dilakukan di tepi Jalan Hamzah, Lorong Limau Manis, dekat sini, 9.40 pagi pada 25 Mac lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, Amran didakwa menunggang motosikal di lokasi kejadian dan apabila tiba dari arah belakang wanita itu, dia bertanyakan mangsa sama ada mahu berkahwin dengannya atau tidak.
Bagaimanapun, wanita itu menolak pelawaan tertuduh sebelum dia beredar selepas sebuah kereta kebetulan lalu di kawasan itu.
Selepas itu, tertuduh datang semula menyekat wanita berkenaan dan menyentuh punggung mangsa sebelum terus beredar.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Atikah Abd Halim.
Terdahulu, Siti Edabayu meminta hukuman setimpal dikenakan kerana tertuduh mempunyai empat rekod lampau bersabit kes sama sebelum ini.
Siti Atikah dalam rayuannya memohon hukuman minimum dikenakan kerana tertuduh perlu menanggung kedua ibu bapanya yang sudah uzur.
"Tertuduh juga sudah menerima hukuman daripada masyarakat kerana kes ini sudah tular di media sosial," katanya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman penjara selama setahun bermula tarikh ditangkap.
Source: Kelab Info Malaysia / Nstp
BERSATU Dan PAS Sepakat Bersama Perikatan Nasional Hadapi PRU15
Astro Awani
31/3/2021
KUALA LUMPUR : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas sepakat untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kedua-dua parti itu menegaskan, mereka juga menolak sebarang bentuk 'penjajaran baharu' untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15 terutamanya melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya.
Bersatu dan Pas juga akan menubuhkan Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat Pusat bagi merangka strategi dan hala tuju parti untuk menghadapi PRU15 termasuk rundingan pengagihan kerusi.
PAU2020 | UMNO tegas tidak akan perjudi kerusi kepada pihak lain
“Segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional untuk dimuktamadkan secara kolektif di kalangan semua parti-parti komponen.
“Bersatu dan Pas sentiasa komited untuk memperkukuhkan penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk, bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendokong konsep tersebut.
“Ia sekali gus menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan yang telah sedia terjalin dan sebarang percubaan menggugat kerajaan PN yang dibina secara bersama,” kata kedua-dua parti berkenaan dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kenyataan yang ditandatangani bersama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan itu berkata, keputusan tersebut dicapai selepas kepimpinan tertinggi kedua-dua parti mengadakan pertemuan pada Selasa.
Politik | Pas Kelantan hormati keputusan UMNO putus Bersatu
Pertemuan itu melibatkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Bersatu dan Pas menyeru semua pertubuhan dan persatuan Melayu, Islam dan Bumiputera terutamanya dan rakyat Malaysia yang cintakan negara agar bersatu hati untuk bersama-sama berjuang dalam saf yang sama demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang,” ujar kenyataan itu lagi.
"Datuk" Bekas Pengarah Urusan Bank Antara Empat Individu Ditahan SPRM, Lulus Pinjaman RM400 Juta Untuk Projek Tidak Wujud
Astro Awani
31/3/2021
PUTRAJAYA: Seorang bekas pengarah urusan sebuah bank bergelar Datuk antara empat individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah bagi meluluskan pinjaman kewangan sejumlah RM400 juta kepada sebuah syarikat untuk projek yang tidak wujud, semalam.
Kesemua mereka yang berusia antara 49 dan 53 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar ibu negara, lewat petang Selasa.
Menurut sumber, berdasarkan siasatan keempat-empat suspek dipercayai menerima rasuah dianggarkan SG$3.2 juta (RM8 juta, nilai ketika kejadian berlaku) sebagai komisen untuk meluluskan permohonan pinjaman kewangan sebanyak RM400 juta bagi projek yang tidak wujud.
"Kita mendapati ia adalah perbuatan licik yang berkomplot dengan orang dalam iaitu dengan sengaja mewujudkan projek yang tidak sah dengan tujuan untuk memohon pinjaman kewangan.
"Setelah pinjaman kewangan diluluskan dan wang diperolehi, syarikat yang memohon telah ditutup dan projek tidak dilaksanakan," katanya di sini, pada Rabu.
Suspek bergelar Datuk yang juga bekas presiden bank tersebut dikatakan telah memberikan keistimewaan meluluskan pinjaman tersebut tanpa mengikut prosedur dan kajian kebolehlaksanaan disebabkan rasuah diterima.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Kes disiasat itu, katanya, disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
"Kita juga mendapat perintah reman ke atas kesemua empat suspek selama tiga hari bermula hari ini," jelas Azam.
Perintah reman yang dikeluarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah di Mahkamah Majistret Putrajaya.
"Anwar Ibrahim Seperti Nelson Mandela" - Afdlin Shauki
"Anwar Ibrahim seperti Nelson Mandela" - Afdlin Shauki
Astro Awani
31/3/2021
KUALA LUMPUR: Lima kali bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendengar sendiri falsafah perjuangan politik Presiden PKR itu, akhirnya menemukan Datuk Afdlin Shauki pada jawapan kenapa beliau harus memilih untuk bersama-sama parti berkenaan dalam langkah politiknya.
PKR, kata Afdlin, misi parti itu, seiring dengan kecintaan beliau pada kerja-kerja kemasyarakatan.
Mendampingi rakyat, menyantuni golongan tidak berkemampuan dan membantu mengubah nasib golongan yang memerlukan adalah kerja-kerja yang sering dilakukan Afdlin selama ini di bawah payung pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Justeru, melihat ketekunan Anwar dan PKR meletakkan kebajikan rakyat pelbagai kaum sebagai keutamaaan dalam perjuangan menyebabkan seniman itu membulatkan tekad untuk berada dalam platform yang sama.
Dalam masa sama, Afdlin, 50, juga mengagumi semangat perjuangan Anwar yang juga Ketua Pembangkang.
Kata Afdlin, segala kepayahan yang dilalui Anwar sepanjang beberapa dekad dalam gelanggang politik benar-benar menyentuh hatinya.
“Perjuangan Datuk Seri Anwar dari kaca mata saya seperti mana yang dilalui Nelson Mandela. Seperti mana Nelson Mandela melalui kepayahan sehingga dipenjara, demikian juga dengan Datuk Seri Anwar.
“Saya kagum dengan ketabahan dan kesabaran beliau,” kata Afdlin dalam wawancara bersama Astro AWANI.
Mandela yang meninggal dunia pada usia 95 tahun pada 2013 merupakan bekas Presiden Afrika Selatan
yang mengetuai peralihan pentadbiran negara itu daripada minoriti kulit putih pada awal 90-an selepas 27 tahun dipenjara.
Afdlin yang menempa kemasyhuran sebagai pelakon, pengarah, penyanyi dan penerbit pada Selasa mengesahkan kepada Astro AWANI memilih PKR sebagai wadah politiknya.
Penyertaan Afdlin akan diumumkan secara rasmi oleh Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson pada malam esok.
Pernah bersama UMNO sebelum ini, penghijrahan Afdlin ke PKR semata-mata untuk bersama-sama Anwar melakukan perubahan pada gelanggang politik dan ke arah kebaikan Malaysia untuk dinikmati oleh generasi akan datang.
Sebagai seorang bapa kepada tiga cahaya mata, Afdlin berkata, untuk melihat masa depan negara yang lebih gemilang, Malaysia harus dipimpin oleh seorang pemimpin yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.
“Datuk Seri Anwar memiliki ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan negara. Saya tidak ragu-ragu untuk bersama PKR, mahu membantu beliau membawa Malaysia ke landasan yang diperlukan,” ujar Afdlin lagi.
Selain Afdlin, rakannya, Datuk Hans Isaac juga sebelum ini dilihat semakin aktif dalam lapangan politik dan difahamkan PKR juga menjadi wadah pilihannya.
Ditanya maklum balas daripada golongan karyawan seni terhadap keputusannya untuk bergerak aktif dalam politik, Afdlin berkata, sebetulnya ramai rakan artis yang mempunyai keinginan sama sepertinya.
Namun, kebimbangan sebahagian besar daripada mereka, tegas Afdlin, ialah risau periuk nasi terjejas hanya kerana memberi sokongan secara terbuka pada parti politik pembangkang.
“Kita tidak boleh salahkan mereka kerana masing-masing perlu menjaga kerjaya. Namun, saya amat yakin, sekalipun memilih untuk bersama parti politik apa sekalipun, rezeki Allah yang akan tentukan.
“Perjuangan saya adalah untuk masa depan generasi akan datang termasuk anak-anak saya sendiri. Saya mahukan generasi akan datang dapat menikmati kemakmuran di bumi Malaysia,” kata Afdlin.
PM Pengerusi Mesyuarat Kabinet, Menteri UMNO Turut Hadir
Astro Awani
31/3/2021
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya pagi ini.
Mesyuarat turut dihadiri Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Begitupun, agenda mesyuarat masih belum dapat dipastikan memandangkan tiada kenyataan rasmi berkaitan dikeluarkan setakat ini.
Berdasarkan perkongsian di Facebook beliau hari ini, beberapa menteri dari parti UMNO dilihat turut hadir dalam mesyuarat berkenaan termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Turut hadir, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Terdahulu hari ini, Muhyiddin memaklumkan dalam satu kenyataan, semua menteri daripada UMNO sepakat untuk terus kekal dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perdana Menteri menjelaskan, keputusan itu dicapai selepas pertemuan beliau dengan para menteri itu pada Isnin.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau tidak mahu peletakan jawatan menteri-menteri UMNO menjejaskan segala perancangan kerajaan dalam mengendalikan isu COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungan presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) yang berakhir pada Ahad menyatakan, UMNO akan menentukan masa sesuai untuk menarik sokongan daripada kerajaan PN.
Menteri, Timb Menteri dan Pengerusi GLC dari UMNO perlu letak jawatan
Jelasnya, Majlis Tertinggi UMNO telah menerima mandat untuk berbuat demikian terutama bagi kesemua pemegang jawatan utama dalam kerajaan daripada parti itu, untuk melepaskan kedudukan mereka.
Tegasnya, mandat itu akan digunakan bagi memastikan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin membubarkan Parlimen mengikut tarikh yang sesuai.
SSM Bantu Usahawan Daftar Perniagaan Secara Percuma
SSM bantu usahawan daftar perniagaan secara percuma
Astro Awani
31/3/2021
PUTRAJAYA: Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac lalu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memperkenalkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) bagi membuka peluang kepada lebih ramai individu menceburi bidang perniagaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sejak diperkenalkan pada 23 Disember 2020, skim yang awalnya menyasarkan ibu tunggal, belia B40 serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) telah ditambahbaik dan diperluas.
“Bermula 16 Februari 2021, ia diluaskan kepada semua golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.
“Ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 180,000 usahawan dan bakal usahawan dari kumpulan sasaran,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau menambah, SSM berharap skim tersebut meringankan golongan sasaran terkesan yang mempertimbangkan perniagaan sebagai alternatif menambah pendapatan untuk menghadapi COVID-19.
“Dengan mendaftarkan perniagaan secara percuma melalui SPPP ini, mereka boleh mendapatkan akses kepada pelbagai dana ditawarkan agensi kerajaan di samping membantu golongan B40 meneruskan kelangsungan hidup.
“Bagi usahawan golongan B40 berusia 18 tahun ke atas serta mempunyai MyKad atau MyPr boleh memohon skim ini dan perlu mempunyai maklumat dalam pangkalan data sebagai penerima bantuan BPN 2.0 bagi golongan B40 serta tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM,” katanya.
Sehingga kini, SSM telah meluluskan sebanyak 2,148 permohonan sejak skim tersebut diperkenalkan dan menyasarkan 30,000 usahawan memanfaatkannya tahun ini.
Permohonan boleh dibuat melalui Portal EzBiz Online di pautan ezbiz.ssm.com.my. atau menghubungi SPPP di talian 03-77214000.
'Semua Menteri UMNO Kekal Dalam Kabinet' - PM
Berita RTM
31/3/2021
PUTRAJAYA, 31 Mac - Semua menteri daripada UMNO akan terus kekal berada dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Demikian dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kesepakatan itu dicapai selepas pertemuan beliau dengan menteri-menteri daripada UMNO pada Isnin lalu yang meminta nasihat berhubung kedudukan mereka dalam kabinet kerajaan PN.
Keputusan terus kekal berada di dalam kabinet kerana mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.
Pada masa ini, tumpuan utama kerajaan adalah untuk memerangi COVID-19, melaksanakan program imunisasi kebangsaan dan memulihkan ekonomi negara.
Beberapa menteri daripada UMNO memegang portfolio penting yang berkaitan dengan fokus utama kerajaan pada masa ini.
Isnin lalu, menteri-menteri daripada UMNO mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri berikutan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini untuk memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usul memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional itu dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan parti yang menghadiri perhimpunan berkenaan.
Miimaland Harum Nama Malaysia Di Alternative Film Festival Spring 2021
BERNAMA
31/3/2021
KUALA LUMPUR: Filem tempatan sekali lagi diiktiraf di luar negara apabila ‘Miimaland’ diumumkan sebagai Filem Seram Terbaik bagi kategori filem cereka di AltFF Alternative Film Festival Spring 2021 di Toronto, Kanada, pada Isnin.
Filem karya Nevin Hiong itu mengetepikan empat filem lain yaOng turut bertanding iaitu ‘Dead Destination’ dan ‘Faith’ dari United Kingdom, ‘Edwin’ (Kanada) dan ‘Thousand of Years’ (Amerika Syarikat).
Pengarahnya Nevin, 50, berkata mereka hanya mencuba nasib dengan menghantar karya berkenaan ke beberapa festival filem luar negara, namun tidak disangka beroleh kejayaan.
“Sebelum ini, filem ini juga tidak terlepas daripada pelbagai pengkritik filem di YouTube. Jadi, kami bangga dengan kemenangan ini kerana ia penting buat pasukan sekali gus menjadi penanda aras atas kejayaan kami,” katanya kepada Bernama, di sini, semalam.
Filem terbitan Mico Studio (M) Sdn Bhd itu mengisahkan sekumpulan pencipta kandungan yang menerima satu tawaran tugasan luar biasa bagi membuat aktiviti penggambaran di kawasan tapak taman tema hiburan yang terbiar lama iaitu Mimaland yang pernah terkenal sekitar 1980-an.
Sepanjang proses mendapatkan kandungan pelbagai perkara berlaku bahkan satu demi satu, ahli daripada kumpulan mereka meninggal dunia akibat mengunjungi tempat tersebut dan tanpa disedari mereka juga menyeru semangat mistik di sana.
Bukan itu sahaja, Nevin yang telah berkecimpung lebih 10 tahun dalam industri seni, turut memenangi kategori Pengarah Terbaik menerusi filem tersebut.
Anak kelahiran Johor Bahru itu memulakan kerjaya sebagai juru sinematograf dalam pelbagai filem Melayu seperti ‘Cerita Kita’, ‘Nasi Kangkang’, ‘Jin’, ‘Cerita Hantu Malaysia’ dan ‘Highland Tower’ sebelum membuat debut dalam dunia pengarahan menerusi filem sains fiksyen permotoran berjudul ‘Kampung Drift’ pada 2016.
“Setiap pengalaman ini merupakan langkah penting dalam setiap kerja seni saya dan ia mempunyai rentak serta saling berkaitan di antara satu sama lain,” katanya.
Selain itu, Nevin berkata filem berkenaan turut tercalon dalam beberapa festival filem antarabangsa seperti Portland Horror Film Festival, Brussels Independent Film Festival dan Europe Film Festival.
Miimaland ditayangkan di pawagam tempatan pada 24 Sept 2020, menampilkan barisan pelakon tempatan seperti Fattah Amin, Sophia Albarakbha, Zandra Ridhuwan, Camelia Natasya, Hazzy Alzeeq, Zalif Sidek dan dua pelakon dari Korea, Chelsea Esdher Wang dan Cindy Dahyun Ohn.
30 March 2021
Vaccinated Travellers Not Exempt From Mandatory Quarantine - Health DG
COVID: Vaccinated travellers not exempt from mandatory quarantine - Health DG
BERNAMA
30/3/2021
PUTRAJAYA: Travellers who have received the COVID-19 vaccine are not exempt from complying with the prescribed COVID-19 infection prevention measures, including undergoing mandatory quarantine, says Health director-general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
He said the Ministry of Health (MOH) on March 12 had decided that risk assessments should be carried out on travellers who had received complete COVID-19 immunisation, while the World Health Organisation (WHO) had also not recommended that the vaccination could be used as an 'immunity passport' for travel purposes.
He said although countries with access to COVID-19 vaccines had begun inoculating their people since the end of 2020, more information was required to determine its effectiveness.
"For example, in terms of how much it reduces the transmission of infection and the period of immunity for a person who has received the COVID-19 vaccine," he said in a statement today.
Meanwhile, Dr Noor Hisham said travellers could apply for an exemption to undergo quarantine at quarantine stations based on several risk assessment criteria.
The criteria include evidence of having received the COVID-19 vaccine; travellers from low-risk countries; having a suitable place of residence here to undergo the quarantine, including no risk of exposure to other members of the house; and having a negative COVID-19 test result.
He said travellers who met the criteria could be given the flexibility to undergo mandatory quarantine at the residence, subject to quarantine conditions set by the government.
According to him, 61,931 individuals had returned to Malaysia between Jan 1 and March 27 this year, with 61,462 people undergoing mandatory quarantine at quarantine stations; 409 at their place of residence; 31 at the hospital; and 29 were Short Term Business Travelers (STBT).
"During the period, 2,743 applications were received for undergoing quarantine at home and getting an exemption from undergoing quarantine at quarantine stations, with 409 applications approved," he said.
The approved applications include 138 individuals due to health problems, 109 people who are caregivers to travellers with health problems, 14 people with a history of being COVID-19 positive, and 14 people under the Periodic Commuting Arrangement / Reciprocal Green Lane.
In the meantime, he said 285 individuals from the total had been given 'time-off' to visit family members who were ill, and to attend the funeral of close relatives.
"For those who apply to visit a sick family member or attend the funeral of a deceased family member, the traveller (Person Under Surveillance - PUS) will be given time off and will have to return to the quarantine station to complete the mandatory quarantine period," he said.
He said all the PUS were required to comply with strict SOPs by the MOH during their visit, and vehicles and escorts for the visits were managed at the quarantine station by the National Disaster Management Agency through the Malaysin Civil Defence Force (MCDF).
Dr Noor Hisham said this was because PUS travellers undergoing quarantine were at risk of transmitting the infection to people around them.
Based on monitoring carried out by the National Crisis Preparedness and Response Centre, there are 27 COVID-19 clusters involving index cases who arrived from abroad, with 2,019 positive cases reported between March 4, 2020 and March 26, 2021.
NOOR HISHAM-TRAVELLERS 4 (LAST) PUTRAJAYA
"The MOH will continue to monitor the development of COVID-19 infections within and outside the country, whereby screening for the disease among travellers from abroad will be continued at all Malaysian International Gateways," he said.
The government had briefly allowed Malaysian citizens to self-quarantine at home in June last year, but due to incidents of those ignoring the quarantine order, it was once again made mandatory for them to undergo quarantine at quarantine stations from July 24, 2020, at their own cost.
The rule is still in force to date.
Pembantu Rumah Dengan Visa Dibenar Kembali Ke Malaysia
30/3/2021
KUALA LUMPUR: Kerajaan hanya membenarkan pembantu rumah yang mempunyai visa dan permit kerja yang sah untuk kembali ke Malaysia.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun, kebenaran itu tetap tertakluk pada prosedur operasi standard (SOP) iaitu ujian saringan dan kuarantin.
"Kerajaan bersetuju untuk membenarkan pembantu rumah yang mempunyai visa dan terkandas di kampung akibat penutupan sempadan negara untuk kembali bekerja di Malaysia dengan syarat memohon melalui My Travel Pass.
"Setelah mendapat kebenaran, mereka perlu menjalani ujian saringan dan dikuarantin wajib mengikut SOP yang telah ditetapkan.
"Kos kuarantin perlu ditanggung oleh majikan masing-masing," katanya dalam sidang media pada Selasa.
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 30 Mac 2021
Sementara itu, beliau berkata, permohonan baharu pembantu rumah pula dibenarkan untuk diproses, namun mereka hanya dibenarkan masuk ke dalam negara selepas pintu sempadan antarabangsa dibuka.
"Atas rayuan daripada Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing, kerajaan turut bersetuju untuk membenarkan agensi-agensi ini memproses permohonan pengambilan pembantu rumah kerana ia dijangka mengambil masa tiga hingga empat bulan," tambah beliau lagi.
Polis panggil bekas timbalan menteri kes tular
Polis panggil bekas timbalan menteri kes tular
Kelab Info Malaysia
30/3/2021
SUNGAI SIPUT: Bekas timbalan menteri bergelar Datuk Seri antara individu yang akan dipanggil memberi keterangan berkaitan kes tular kononnya polis menahan perarakan pengebumian mayat dengan kenderaan di Jalan Lintang dekat sini Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, dakwaan itu tidak benar kerana polis tidak menahan kenderaan itu bagi tujuan menghalang perarakan tersebut sebaliknya menasihati mereka agar mematuhi peraturan lalu-lintas.
Malah katanya, tiada tindakan mahupun saman dikeluarkan pihak polis ke atas rombongan berkenaan.
“Polis akan memanggil beberapa orang termasuk yang didakwa sebagai orang kenamaan untuk memberi keterangan selain media yang telah mengeluarkan berita tidak sahih itu,” katanya ketika ditemui pada perhimpunan sempena Majlis Peringatan Hari Polis ke-214 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di sini hari ini.
Menceritakan insiden tersebut, Mohd. Khaizam memberitahu, kejadian berlaku semasa sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Siput sedang menjalankan rondaan cegah jenayah dan mendapati aliran trafik di lampu isyarat di Jalan Lintang agak terganggu.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, keadaan itu berpunca ekoran tindakan anggota agensi sukarelawan yang memberhentikan dan melencongkan kenderaan bagi memberi laluan kepada perarakan berkenaan.
“Tindakan menahan rombongan tersebut bukan bertujuan menghalang atau tidak menghormati mayat, tetapi, menasihati mereka agar patuh kepada peraturan lalu-lintas.
“Nasihat juga diberikan kepada anggota agensi sukarelawan terbabit agar tidak sewenang-wenangnya melencongkan kenderaan kerana ia bukan di bawah bidang kuasa agensi berkenaan,” katanya.
Tambah beliau, selepas menahan rombongan itu, mereka membuat provokasi ke atas anggota dan tindakan itu bukan satu langkah bijak dan melanggar peraturan.
“Berdasarkan maklumat, konvoi itu dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebanyak dua kali dan tindakan tersebut boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.
“Kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku dan dalam hal ini, polis hanya menjalankan tugas yang diamanahkan untuk kesejahteraan masyarakat dan sekiranya didapati melanggar peraturan, maka, sudah tentu tindakan akan diambil,” katanya.
Terdahulu, beberapa gambar dan video berdurasi dua minit 19 saat tular di media sosial yang memaparkan provokasi dilakukan beberapa individu termasuk seorang bekas timbalan menteri kerana berang perarakan kenderaan membawa mayat ditahan polis.
"Anak Buah Sendiri Pengkhianat" - KPN Dedah 34 Anggota Penguat Kuasa Sekongkol Dengan Geng Nicky
Astro Awani
30/3/2021
KUALA LUMPUR : Sekurang-kurangnya 34 pegawai dan anggota daripada agensi penguatkuasaan terlibat dan melindungi Geng Nicky yang dikesan mula beroperasi pada 2014.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador enggan mendedahkan agensi yang terlibat namun mengesahkan ada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut sama bersekongkol dengan sindiket berkenaan.
“Terdapat beberapa orang pegawai polis yang dipercayai terlibat membantu sindiket ini dan akan saya ambil tindakan.
“Tidak ada lagi amaran-amaran, sudah puas dan sudah cukup amaran diberikan kepada mereka supaya dari dulu lagi telah saya katakan, putuskan apa juga hubungan mereka dengan kumpulan ini
“Tetapi nampak gayanya, daripada hasil tindakan yang diambil ini terdapat pengkhianat di kalangan anak buah saya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Selasa.
Polis tangkap 68 'geng' Datuk Seri Nicky Liow
Dalam pada itu, Abdul Hamid menegaskan, PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap anggotanya yang membocorkan maklumat operasi sehingga Nicky Liow sempat melarikan diri dan membawa banyak wang tunai.
Tegasnya, tiada lagi tindakan tatatertib akan dikenakan sebaliknya mereka akan disiasat mengikut undang-undang jenayah.
“Buat masa ini belum ada tangkapan dibuat terhadap pegawai polis dan anggota agensi penguatkuasa terbabit.
“Saya nak tengok sejak bila mereka ambil duit atau dibayar untuk tutup mulut. Sewaktu saya atau sebelum saya (jadi Ketua Polis Negara).
“Senarai mereka terlibat yang diperolehi akan diperhalusi dan siasat. Selepas yakin dan bukti cukup (akan tangkap),” katanya.
Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anak-buah-sendiri-pengkhianat-kpn-dedah-34-anggota-penguat-kuasa-sekongkol-dengan-geng-nicky-290882
Geng Nicky: Dua Datuk Seri, Enam Datuk Antara Yang Ditangkap
Astro Awani
30/3/2021
KUALA LUMPUR : Dua individu berpangkat Datuk Seri termasuk adik kepada Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan enam berpangkat Datuk antara 68 individu yang ditahan kerana terlibat dengan Geng Nikcy.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, berdasarkan perkongsian maklumat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), polis mempercayai sindiket tersebut terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
“Semakan mendapati terdapat lima buah syarikat yang bersekutu dengan Winner Dynasty Group berserta pengarahnya yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
“Antara pengarah yang dimaksudkan adalah adik kepada Nicky Liow dan rakannya yang mana kesemua mereka memakai gelaran Datuk Seri dan Datuk,” katanya dalam sidang media di sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Selasa.
BACA: 68 'geng' Datuk Seri Nicky Liow ditangkap - KPN
Dalam sidang media sama, Abdul Hamid berkata, seramai 118 orang diperiksa dalam 70 serbuan yang dilakukan bagi mengesan dan menangkap ahli Geng Nicky.
Seramai 42 orang (27 lelaki warga Malaysia, 15 warga China) dan enam wanita (tiga warga Malaysia) ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2010 (SOSMA).
Seramai 12 orang ditahan di bawah Akta Imigresen, lapan orang melibatkan tangkapan narkotik manakala 50 orang dibebaskan selepas proses dokumentasi selesai.
“Ini adalah julung kali kes jenayah komersial disiasat menggunakan prosedur di bawah SOSMA dan siasatan dibuat di bawah jenayah terancang Kanun Keseksaan,” ujarnya.
BACA: "Anak buah sendiri pengkhianat" - KPN dedah 34 anggota penguat kuasa sekongkol dengan Geng Nicky
Jenayah | Polis Johor buru bekas Timbalan Pendakwa Raya
Astro AWANI pada Selasa melaporkan polis menangkap 68 orang yang dipercayai merupakan ahli Geng Nicky yang dikaitkan dengan Nicky Liow.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, semua individu tersebut ditahan atas pelbagai kesalahan termasuklah penggubahan wang haram.
Menurutnya, dalam serbuan tersebut, anggota polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 17 bersama satu kelopak peluru berisi sembilan butir peluru.
Pihak polis juga telah membekukan 41 akaun bank bernilai RM4,053,809.49 dan 35 unit kenderaan bernilai RM8,863,759.00 melibatkan 21 individu dan 16 entiti termasuk Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia.
Kapasiti Kehadiran Pekerja Sektor Swasta & Perkhidmatan Awam Berkuatkuasa 1 April 2021
Kehadiran ke pejabat kumpulan pengurusan, operasi swasta dibenar 100 peratus - Ismail Sabri
Astro Awani
30/3/2021
KUALA LUMPUR: Kehadiran pekerja sektor swasta ke pejabat bagi kumpulan pengurusan dan operasi atau sokongan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan pada tahap 100 peratus.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu akan berkuat kuasa bermula 1 April 2021.
"Bagi perkhidmatan awam, ia adalah berdasarkan kepada pekeliling atau arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Arahan ini berkuatkuasa 1 April 2021 dan maklumat lanjut berkenaan SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN," katanya dalam sidang media harian, hari ini.
PKPB | Kapasiti 100 peratus dibenarkan kepada sektor swasta
Sementara itu, syarat pematuhan 30 peratus bekerja dari rumah bagi pihak pengurusan dan penyelia sesebuah syarikat dibatalkan atas beberapa justifikasi.
"Arahan bekerja dari rumah yang dikeluarkan kepada syarikat perkilangan adalah sukar dilaksanakan kerana operasi tidak dapat dilakukan secara remotely.
"Operasi pengilangan sering melibatkan proses kompleks dan teknikal dengan kehadiran pasukan berbeza yang terdiri daripada kakitangan pengurusan dan penyelia.
"Pada masa yang sama, mereka dikehendaki bekerja secara serentak.
"Pembatalan syarat ini akan memberi peluang kepada syarikat untuk beroperasi pada tahap yang maksimum," ujarnya.
68 'Geng' Datuk Seri Nicky Liow Ditangkap - KPN
Astro Awani
30/3/2021
KUALA LUMPUR: Polis menangkap 68 orang dipercayai ahli Geng Nicky yang dikaitkan dengan pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kesemua individu tersebut ditahan atas pelbagai kesalahan termasuklah pengubahan wang haram.
Menurutnya, jumlah rampasan wang, kenderaan dan pelbagai barangan lain berjumlah lebih RM7.3 juta.
Tambah beliau, turut dirampas adalah sepucuk pistol dan 40 butir peluru dalam 70 serbuan yang dilakukan dengan 118 warga tempatan dan warga asing diperiksa dalam serbuan sama.
Rentas Negeri Belum Dibenarkan - Ismail Sabri
Astro Awani
30/3/2021
KUALA LUMPUR: Biarpun angka jangkitan COVID-19 harian menunjukkan trend penurunan di seluruh negara, namun aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana beberapa negeri masih mencatatkan trend jangkitan yang tidak stabil.
Justeru, status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikekalkan di enam buah negeri dan Wilayah Persekutuan, manakala Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di 10 buah negeri dan wilayah juga tidak berubah.
"Prosedur operasi standard (SOP) untuk PKPB dan PKPP adalah sama seperti sebelum ini.
"Aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan. Rentas negeri dari negeri PKPB ke negeri PKPP hanya menerusi green travel bubble menggunakan ejen pelancongan berdaftar," katanya dalam sidang media harian, hari ini.
Negeri dan Wilayah Persekutuan di bawah PKPB ialah Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.
Manakala negeri di bawah PKPP ialah Perlis, Kedah (kecuali Kuala Muda), Perak, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan (kecuali Seremban), Pahang, Terengganu, Sabah dan Labuan.
Status PKPB dan PKPP yang diperbaharui ini akan bermula 1 hingga 14 April ini kecuali Sarawak yang akan bermula hari ini sehingga 12 April.
Popular Posts - Last 7 days
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
High Court frees Rosmah of 17 money laundering and tax evasion charges Bernama 19/12/2024 Judge grants an order of acquittal after allowing ...
-
TikToker Rayyan Wong arrested for insulting the Agong, TMJ and PM 19/12/2024 Razarudin said that prior to that, a report was made by the Ma...
-
Pergaduhan di stesen LRT: Belum ada tangkapan penyokong bola sepak terlibat rusuhan - Polis Astro Awani 21/12/2024 KUALA LUMPUR: Ibu Pe...
-
US government shutdown: What closes, what stays open? Reuters 19/12/2024 US government services would be disrupted and hundreds of thousands...
Popular Posts - Last 30 days
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024 Bernama 08/12/2024 Kemunculan Boost Bank iaitu bank digital tem...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
NSRC successfully blocked RM19 million from being transferred in online fraud cases - PM Bernama 03/12/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim say...
-
Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun Astro Awani 01/12/2024 Penduduk di Taman Arena K...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
Blog Archive
-
▼
2021
(9030)
-
▼
Mar 2021
(629)
- Ex-Policeman Sentenced To Death For Step-Daughter’...
- Najib, Rosmah Dan Pemilik Firma Barang Kemas Lubna...
- Malaysia Terima 600,000 Dos Vaksin AstraZeneca Pad...
- Cabul Wanita, Buruh Dipenjara Setahun
- Petrol Prices - No Change RON95 (RM2.05) & , Dies...
- Covid-19 Malaysia 31 March | New Cases - 1,482 Tot...
- LIVE - Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan...
- BERSATU Dan PAS Sepakat Bersama Perikatan Nasional...
- "Datuk" Bekas Pengarah Urusan Bank Antara Empat In...
- "Anwar Ibrahim Seperti Nelson Mandela" - Afdlin Sh...
- PM Pengerusi Mesyuarat Kabinet, Menteri UMNO Turut...
- SSM Bantu Usahawan Daftar Perniagaan Secara Percuma
- 'Semua Menteri UMNO Kekal Dalam Kabinet' - PM
- Miimaland Harum Nama Malaysia Di Alternative Film ...
- Vaccine Doses Administered and Total Registrations...
- Vaccinated Travellers Not Exempt From Mandatory Qu...
- Pembantu Rumah Dengan Visa Dibenar Kembali Ke Mala...
- Polis panggil bekas timbalan menteri kes tular
- "Anak Buah Sendiri Pengkhianat" - KPN Dedah 34 Ang...
- Geng Nicky: Dua Datuk Seri, Enam Datuk Antara Yang...
- Situasi Terkini Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19...
- Kapasiti Kehadiran Pekerja Sektor Swasta & Perkhid...
- 68 'Geng' Datuk Seri Nicky Liow Ditangkap - KPN
- Rentas Negeri Belum Dibenarkan - Ismail Sabri
- PKPP dilanjutkan ke 14 April di Perlis, Kedah, Per...
- PKPB Dilanjutkan ke 14 April Di Selangor, WP Kuala...
- Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 30...
- Covid-19 Malaysia 30 March | New Cases - 1,133 Tot...
- Pfizer, Moderna COVID-19 Vaccines Highly Effective...
- LIVE - Abdul Hamid Bador | Ketua Polis Negara | 30...
- LIVE - Muhyiddin Yassin | Pelan Transformasi Koper...
- Pengurus Acara, Pembantu Peribadi Neelofa Beri Ket...
- US Customs Determines Forced Labour At Malaysia's ...
- Traffic In Suez Canal Resumes After Stranded Ship ...
- AKSEM To Be Under PDRM - Hamzah
- Indonesia Church Suicide Bombers Were Newlyweds Wh...
- Penemuan Minyak Dan Gas Baharu Di Blok SK405B, Lua...
- AirAsia's net loss widened to RM5.10 billion in FY...
- SOP PKPP Sektor Makanan - Bazar Aidilfitri Dan Baz...
- SOP PKPB Sektor Makanan - Bazar Aidilfitri Dan Baz...
- DBKL Tutup Premis Urut (GAY)
- Kerajaan PN Lemah Punca Laksana Darurat - Tun Maha...
- FGV Holdings Lantik Dzulkifli Sebagai Pengerusi
- Nilai R-Naught Meningkat Kepada 0.94, Kelantan Ter...
- Ini Senarai 89 Kawasan Yang Bakal Berdepan Ganggua...
- Empat Maut: Konvoi Pulang Dari Kenduri Kahwin, Ber...
- Letak Jawatan: Sebahagian Menteri, Timbalan Menter...
- Polis Akan Panggil Penganjur Pertunjukan Fesyen La...
- Video Viral - Individu Gaduh Depan Hospital Diburu
- 4 Adun Bersatu Boikot Sesi Libat Urus DUN Pulau Pi...
- Sajat: Masa Bila Kita Jadi Pelarian? Buat Apa Nak ...
- HSR: Malaysia Pays RM320 Million As Compensation T...
- Gangguan Bekalan Air Antara 48 Hingga 68 Jam Bermu...
- Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 29...
- Covid-19 Malaysia 29 March | New Cases - 941 Total...
- Dakwaan langgar SOP: Siasatan Video Tular Najib Le...
- 50 Penagih Dadah Ditahan Dalam Op Sarang
- Melaka Dilanda Banjir Kilat
- LIVE - YDP Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Must...
- Rumah Terbakar Sejam Sebelum Majlis Pertunangan
- Liberal Democratic Party (LDP) to join Perikatan N...
- Vaccine Doses Administered and Total Registrations...
- Five Injured, Hundreds Evacuated After Massive Bla...
- Young Malaysian Shuttlers Win Three Titles At Poli...
- Perwakilan UMNO Sebulat Suara Putus Kerjasama Deng...
- Perpecahan UMNO-Bersatu Sememangnya Ditunggu PH - ...
- Hadi makes hasty exit from Umno AGM As Journalist ...
- Two Suicide Bombers on a Motorcycle responsible fo...
- UMNO, GRS Kekal Bentuk Kerajaan Di Sabah - Bung Mo...
- 'Tak Apalah, Saya Terima Dengan Sabar' - Annuar Ul...
- Police Open Investigation On Woman’s Claim Of Sexu...
- Polis Siasat Majlis Pernikahan Neelofa berkaitan P...
- Police Uncover Heroin Processing Laboratory In Johor
- Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 28...
- LIVE - Mohamad Hasan | Tiada Lagi Silat Pulut UMNO...
- Only Advocacy Action Taken For Motorcycles With Lo...
- Covid-19 Malaysia 28 March | New Cases - 1,302 Tot...
- Vaccine Doses Administered - Daily Report - 27 Mar...
- Tun Faisal Digantung Keahlian UMNO 6 Tahun
- Hei apit lempang, cukuplah!' - Zahid sergah 'peros...
- PRU15: Kita Akan Bertanding Solo Atas Nama BN - Ah...
- Filem indie, 'Belaban Hidup: Infeksi Zombie' memen...
- Bomb Blast At Indonesia Church!
- LIVE - Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung UMNO Ole...
- Undi18: Halangan Pada SPR, Bukan PN - Muhyiddin
- Polis Buru Suspek Atas Motosikal Yang Raba Wanita
- Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 27...
- Siapa Calon PM Dari UMNO? ... Kamu Tengah Bercakap...
- Covid-19 Malaysia 27 March | New Cases - 1,199 Tot...
- Tok Mat mahu UMNO jadi juara macam Liverpool, Tapi...
- 828 Malaysians Contracted COVID-19 Abroad - Kamarudin
- Polis Buru Banduan Yang melarikan diri daripada Pe...
- Ahli Parlimen 100% Sokong 'Undi 18' Patut Dihormat...
- Sama Cantik, Sama Padan, Neelofa Sah Bergelar Iste...
- PAU 2020 - Jawatan PM Milik UMNO, BN! - Timbalan P...
- LIVE - Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia...
- Six Arrested in January for terrorism and death th...
- Bas Rapid KL terbakar di Taman Bunga Raya, Depan UTAR
- Bank Becomes Third Party In Forfeiture Suit Agains...
- 1MDB Still Has RM32.3 Billion Of Outstanding Debt,...
-
▼
Mar 2021
(629)