Translate

21 January 2021

Video: Sindiket Dadah Guna Stor Simpanan Di KL Tumpas


 


MKL Crimedesk
21/1/21

6 lelaki tempatan yang dipercayai dalang satu kumpulan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah berjaya masuk perangkap polis selepas ditahan ketika cuba menyeludup dadah berkenaan ke luar negara.

kesemua mereka ditahan hasil risikan operasi jabatan siasatan jenayah bukit aman dan ipk kuala lumpur di 6 serbuan sekitar lembah klang, selatan dan utara semenanjung pada jumaat lalu.


timbalan ketua polis kuala lumpur datuk yong lei choo berkata, dalam tangkapan suspek  berusia 29 hingga 58 tahun itu turut menemui lebih 150 kilogram dadah jenis ketamin dan heroin base bernilai 11 juta 4500 ringgit. 

rampasan membabitkan 100.92 kilogram ketamin dan 59.99 kilogram heroin base yang dipercayai boleh dibekalkan kepada 636 375 penagih dadah.

risikan juga mengenal pasti pergerakan sindiket dadah berkenaan bermula daripada selatan menuju ke utara semenanjung dipercayai dihantar ke luar negara melalui jalan laut.


sebuah rumah sewa yang dijadikan stor penyimpanan dadah disyaki dijadikan pusat transit turut.

kumpulan ini aktif sejak bulan oktober 2020.

ujian saringan air kencing didapati, 2 daripada 6 suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ganja.

rekod jenayah pula didapati 4 daripada mereka disabitkan jenayah dadah dan judi.

6 buah kenderaan pelbagai jenis, barangan kemas bernilai serta wang tunai yang kesemua sitaan harta hampir 1 juta ringgit.

kesemua suspek direman 7 hari sehingga 22 januari ini.

kes disiasat mengikut seksyen 39 b akta dadah berbahaya 1952.

Source: MKL Crimedesk YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED