MKL Crimedesk
21/1/21
Sedang negara dilanda musibah, sindiket pelacuran pula tidak serik mencambah kegiatan maksiat.
Arahan Perintah Kawalan Pergerakan pula seakan tiada makna.
Selagi ada pelanggan yang mahu, selagi itu mereka terus mencari lubang untuk merancakkan kegiatan mereka.
Terbaru Polis Subang Jaya berjaya membongkar 2 rumah pelacuran di daerah itu malam tadi.
Sekurang kurangnya 20 wanita asing yang dijadikan pemuas nafsu ditangkap bersama 2 bapa ayam.
Serbuan Ops Noda di dua premis dekat USJ 21/11 dan PJS 11/28 itu berhasil dengan kekuatan 6 pegawai dan 22 orang anggota dari bahagian siasatan jenayah IPD Subang Jaya itu
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata serbuan pertama bermula kira kira jam 8.30 malam di sebuah rumah kedai USJ 21/11 Subang Jaya.
9 orang termasuk seorang lelaki tempatan dan 8 pelacur warga Thailand dan Indonesia berusia 24 hingga 31 tahun diberkas.
Manakala 13 individu termasuk seorang lelaki ditangkap dalam serbuan kedua di sebuh hotel dekat PJS 11/28.
Semakan mendapati, 10 wanita thailand dan 2 wanita Indonesia itu ditangkap ketika sedang berurusan dengan 3 lelaki disyaki pelanggan.
Dalam kedua dua serbub itu polis merampas pelbagai alatan seks dan wang tunai hasil kegiatan itu.
3 pelanggan ditahan untuk membantu siasatan dan turut dikenakan tindakan kompaun kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan PKP.
Manakala tangkapan lain disiasat mengikut Seksyen 332 B Kanun Keseksaan kerana pelacuran, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen, Seksyen 55 b dan 39 B Akta Imigresen serta Seksyen 22 b Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Source: MKL Crimedesk YouTube