BERNAMA TV
22/1/21
Seorang pemilik kedai tayar dijatuhi hukuman penjara 15 bulan, denda RM3,000 dan satu sebatan bagi setiap satu daripada dua pertuduhan dihadapi kerana menggunakan kad kredit orang lain untuk membeli barang.
Majistret Muhammad Hidayat Wahab menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Leong Miow Hiong dari Petaling Jaya, mengaku salah atas dua pertuduhan dihadapinya.
Tertuduh juga boleh dipenjara selama empat bulan jika gagal membayar denda.
Source: BERNAMA TV YouTube