Source: Harian Metro |
Harian Metro
8/1/21
Anggota polis trafik yang didakwa menumbuk seorang penunggang motosikal di Kilometer 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur, pada Jumaat, membuat laporan menafikan perkara itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, satu sekatan jalan raya (SJR) dilakukan di lokasi itu membabitkan tujuh anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya jam 8 hingga 9 pagi tadi.
Dalam kejadian ini, sebuah motosikal dinaiki suami isteri warga tempatan cuba melarikan diri daripada SJR.
Ketika melarikan diri, penunggang motosikal itu melanggar kaki seorang anggota polis bertugas sebelum dia berjaya ditahan oleh anggota yang lain.
Nik Ezanee berkata, penunggang motosikal itu dikenakan tindakan saman kerana kesalahan tidak menggunakan lorong motosikal, tiada lesen serta cukai jalan tamat tempoh.
Source: Harian Metro YouTube