Translate

08 January 2021

Vaksin Pfizer Diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) - Khairy

                    

COVID-19: Vaksin Pfizer diluluskan NPRA - Khairy

Astro Awani
8/1/21

KUALA LUMPUR: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan pendaftaran vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat farmaseutikal, Pfizer.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin kepada Astro AWANI dalam rancangan temu bual, Consider This di sini, pada Jumaat.

Jelas Khairy, KKM telah memberi kelulusan bersyarat kepada penggunaan vaksin Pfizer di negara ini.

"Saya baharu sahaja terima makluman daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa kita telah menerima pendaftaran bersyarat kepada vaksin COVID-19 daripada Pfizer.


"Ia masih lagi tertakluk kepada beberapa syarat yang kita perlu dapat daripada Pfizer dari segi maklumat.

"Tetapi maksudnya, dengan pendaftaran bersyarat ini, vaksin COVID-19 daripada Pfizer boleh digunakan di Malaysia," katanya kepada Astro AWANI, hari ini.

BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI

Mengulas lanjut, Khairy berkata kerajaan telah memaklumkan perkembangan tersebut kepada Pfizer bagi membolehkan Malaysia menerima vaksin COVID-19 daripada syarikat itu.

"Sekarang ini kita boleh memaklumkan kepada Pfizer kita bersedia menerima vaksin COVID-19 yang dijangka sampai di Malaysia pada bulan Februari.

"Saya masih lagi nak memuktamadkan bila dalam bulan Februari yang kita akan terima," ujarnya lagi.

Kata Khairy, penghantaran vaksin ke negara ini masih tertakluk kepada jadual penghantaran Pfizer.

Dalam masa yang sama, Khairy sekali lagi memberi jaminan bahawa penggunaan vaksin tersebut adalah selamat dan berkesan.

Khairy turut menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak NPRA dan KKM kerana mempercepatkan kelulusan vaksin COVID-19 daripada Pfizer.

Malaysia dijangka menerima sejuta dos bekalan vaksin dari Pfizer suku pertama 2021, disusuli 1.7 juta dos pada suku tahun kedua, 5.8 juta dos pada suku tahun ketiga dan seterusnya 4.3 juta dos pada suku tahun keempat.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-vaksin-pfizer-diluluskan-npra-khairy-276704



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED