Translate

15 January 2021

Tun Dr. Mahathir Dakwa Muhyiddin Yassin Diktator


Dr Mahathir dakwa Muhyiddin Yassin diktator


Astro Awani
15/1/21

KUALA LUMPUR : Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang diktator.

Menurut Dr Mahathir, penguatkuasaan darurat itu dibuat bagi membolehkan Perdana Menteri terus berkuasa.

Kata Dr Mahathir, meskipun sudah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun Muhyiddin tetap memilih untuk melaksanakan darurat kerana terdesak untuk mengekalkan kuasanya.

“Kita mengorbankan demokrasi untuk berikan beliau kuasa penuh... buat apa beliau suka. Beliau dalam erti kata sebegitu adalah seorang diktator.

“Ia sejenis pemerintahan diktator di mana rakyat tidak boleh bantah dan kita tidak mengikut demokrasi dengan menggunakan darurat untuk beri Muhyiddin kuasa penuh,” katanya dalam temu bual bersama stesen radio BFM pada Jumaat.

Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, tiada keperluan mengisytiharkan darurat kerana Malaysia ada undang-undang tersendiri untuk mengawal pandemik malah keadaan negara ini juga bukanlah di luar kawalan seperti negara lain.

Tegasnya, di negara lain ada yang rakyatnya melakukan protes bagi membantah keputusan kerajaan namun di Malaysia, keadaannya berbeza dan rakyat patuh kepada arahan kerajaan.

“Walaupun Muhyiddin ada kuasa mutlak, beliau tidak melakukan secukupnya untuk membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan pandemik ini.

“Beliau tidak buat apa sangat dalam mentadbir negara. Ekonomi merosot dan rakyat merana akibat tindakan yang dilaksanakan. PKP menjejaskan rakyat dengan hilang pendapatan dan ramai yang tidak ada makanan,” ujarnya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa memperkenankan permohonan Putrajaya untuk mengisytiharkan darurat hingga 1 Ogos 2021.

Pengisytiharan itu menyebabkan semua persidangan Parlimen dan DUN digantung hingga Ogos.

Sehari sebelum itu, kerajaan mengumumkan PKP sekali lagi di enam negeri – Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah – dari 13 hingga 26 Januari.

PKP Bersyarat (PKPB) pula dikuatkuasakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan sementara Perlis dan Sarawak, kekal dalam fasa PKP Pemulihan (PKPP).

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 4 hrs 36 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 5 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 8 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 8 hrs 13 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 9 hrs ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 9 hrs 6 mins ago