Translate

07 January 2021

Seorang Remaja lelaki Maut Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik Ketika Harung Banjir


 


Remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

Astro Awani
6/1/21

PASIR MAS: Polis akan menjalankan siasatan berhubung punca kematian seorang remaja lelaki yang dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengharung banjir di Rantau Panjang, malam tadi.

Ia selepas satu video dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu yang dikatakan berlaku kira-kira jam 8 malam tadi tersebar di media sosial.

Rakaman video itu memaparkan seorang lelaki cuba mengalihkan tubuh mangsa yang tertiarap di atas jalan yang dinaiki air kira-kira setinggi paras buku lali orang dewasa.

Lelaki itu menggunakan sebatang kayu panjang sambil disaksikan beberapa pengguna jalan raya lain.

Dia turut dilihat cuba menarik tubuh mangsa, namun terkejut dan berundur dipercayai kerana terkena aliran elektrik.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi, berkata siasatan masih dijalankan buat masa ini.

Mayat remaja berkenaan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED