Translate

25 January 2021

Ramai Takut Bersuara Bahawa Darurat Tidak Perlu - Tun Mahathir


Proklamasi Darurat | Ramai takut bersuara mengenai darurat - Tun Mahathir  

Ramai takut bersuara bahawa darurat tidak perlu - Tun Mahathir

Astro Awani
25 Januari 2021

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ramai pihak berpandangan darurat yang dilaksanakan sejak 11 Januari lalu adalah tidak perlu.

Bagaimanapun bekas perdana menteri itu berkata mereka berada dalam ketakutan untuk menyuarakan pendapat mereka.

"Mereka jelaskan tetapi ternampak mereka dalam ketakutan, mereka rendah suara sambil memandang sekeliling mereka dan mereka pun pesan jangan bagi tahu sesiapa berkenaan pendapat mereka.

"Mereka takut kerana Kerajaan penuh kuasa dan boleh buat apa sahaja kepada mereka, denda sebanyak RM5 juta dan penjara 10 tahun serta tidak boleh dapat perlindungan undang-undang," tulis Dr Mahathir di blognya, chedet.cc, pada Isnin.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

TAKUT 1. Kami cuba dapat ramai orang untuk memberi pendapat berkenaan darurat. Ramai mereka yang berpendapat darurat...

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Sunday, January 24, 2021

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED