Translate

25 January 2021

PKPD Di Penjara Taiping Dan Kuarters Kakitangan Mulai Esok Hingga 8 Febuari - Ismail Sabri


PKPD di Penjara Taiping dan kuarters kakitangan mulai esok hingga 8 Feb - Ismail Sabri


BERNAMA
25/01/2021 

KUALA LUMPUR, 25 Jan -- Penjara Taiping di Perak dan kuarters kakitangannya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Selasa (26 Jan) hingga 8 Feb depan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Yaakob.

Beliau berkata PKPD dilaksanakan apabila terdapat 43 kes positif COVID-19 direkodkan yang melibatkan 40 tahanan dan tiga kakitangan sejak 23 Jan lepas.

"Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM (Kementerian Kesihatan) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti," menurutnya dalam kenyataan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata prosedur operasi standard (SOP) PKPD di penjara itu adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan ahli keluarga tidak dibenarkan.

Sementara itu, beliau berkata sejak 1 Dis tahun lepas, seramai 210,613 pekerja asing telah menjalani ujian saringan yang melibatkan 8,096 majikan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED