Translate

15 January 2021

Masyarakat Johor Diingatkan Waspada Dengan Kit Ujian COVID-19 Di Media Sosial

Masyarakat Johor diingatkan waspada dengan kit ujian COVID-19 di media sosial

BERNAMA
15/01/2021 

JOHOR BAHRU, 15 Jan -- Orang ramai di negeri ini diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membeli kit ujian pantas pengesanan COVID-19 yang dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata peringatan itu diberikan berikutan terdapat banyak penjualan kit ujian pantas COVID-19 di Facebook, yang mendakwa orang ramai boleh menjalankan ujian sendiri.

Beliau berkata kit ujian terbabit berkemungkinan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ujian COVID-19 hanya boleh dilakukan oleh anggota yang telah dilatih oleh KKM. Prosedur ketat terutamanya di dalam penggunaan Peralatan Penggunaan Diri (PPE) dan pengurusan orang berjangkit adalah perlu.

“Maka, seseorang yang tidak terlatih, tidak boleh menjalankan ujian kerana boleh mendedahkan diri kepada jangkitan dari orang lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu, orang ramai disarankan supaya mendapatkan nasihat dan ujian yang bersesuaian daripada klinik-klinik awam atau swasta yang telah dilatih oleh KKM.

Dalam perkembangan lain, Vidyananthan dalam kenyataan sama, berkata Johor buat julung kalinya menghantar seramai 106 pesakit positif COVID-19 ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, semalam.

Menurut beliau, pesakit warga asing itu dihantar ke MAEPS melalui Pejabat Kesihatan Daerah Muar untuk menjalani rawatan selama 10 hari dengan penghantaran diselaraskan bersama Pejabat Kesihatan Daerah, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Washington viewed 'Brazilian tourist raped by taxi driver in Thailand' 9 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Tindakan tegas, s' 23 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Red Shirts leader Datuk Seri Jamal Yunos has been ' 23 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'April 2017' 47 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Just 15 days left for credit and debit cardholders' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Dian Sastrowardoyo tampil membuat penjelasan.selep' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 3 hrs 47 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 3 hrs 58 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 4 hrs 18 mins ago