Beberapa kes positif di IKEA Damansara
COVID-19: Kes positif di IKEA Damansara
Astro Awani 2/1/21
KUALA LUMPUR: Jenama perabot IKEA umum cawangannya di Damansara ditutup buat sementara mulai hari ini susulan beberapa kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan kakitangannya serta pihak vendor perkhidmatan.
Menurut satu kenyataan pada Sabtu, kes-kes tersebut dikesan menerusi ujian saringan rutin yang dijalankan syarikat itu.
Namun, jumlah kakitangan yang didapati positif serta butiran tentang tarikh terakhir mereka berada di cawangan tersebut tidak dijelaskan.
“Kami dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menutup kedai kami mulai hari ini sehingga diberitahu kelak untuk menjalankan pengesanan kontak rapat dan kerja sanitasi mengikut standard KKM.
“Kami telah dan akan terus melaksanakan langkah keselamatan termasuk mengubah pekerja dari pihak vendor perkhidmatan, pengesanan kontak, ujian swab, kuarantin untuk kontak rapat serta kerja sanitasi,” menurut kenyataan tersebut.
Jelas IKEA, pelanggan yang dipercayai kontak rapat kepada kes positif akan dihubungi oleh pihak berkuasa.
“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan memastikan semua langkah-langkah pencegahan diambil di semua cawangan.”
Sebelum ini, IKEA Damansara pernah ditutup sementara pada 7 November 2020 selepas seorang pekerja sambilan disyaki positif COVID-19.

Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO:
IKEA Damansara, 2 Jan 2021: Following one of our scheduled routine tests, we are sad to announce we have confirmed...
Posted by IKEA on Friday, January 1, 2021
IKEA umum cawangannya di Damansara ditutup mulai hari ini susulan beberapa kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan kakitangannya serta pihak vendor perkhidmatan.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) January 2, 2021
Kes dikesan menerusi ujian saringan rutin yang dijalankan syarikat itu. pic.twitter.com/wnIQ3ZGKha