Translate

27 January 2021

Kes Campak Bayi: Remaja Dibebas Dengan Jaminan RM90,000


 

College student charged with murder of newborn daughter out on RM90k bail

Kes campak bayi: Remaja dibebas dengan jaminan RM90,000

BERNAMA
27/01/2021 

GEORGE TOWN, 27 Jan -- Remaja yang berdepan dengan pertuduhan membunuh bayi perempuan baru dilahirkannya dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM90,000 hari ini.

Peguam RSN Rayer ketika dihubungi Bernama berkata anak guamnya  M. Santhiea, 19, telah dibebaskan dengan jaminan di mahkamah hari ini kira-kira 1.45 tengah hari tadi.

Sebelum ini Santhiea ditahan di Pusat Koreksional Perlis, Jabatan Penjara Perlis.

Rayer berkata pada 15 Jan lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Amirudin Abd Rahman telah membenarkan permohonan tertuduh untuk dibebaskan dengan jaminan RM90,000 dengan dua orang penjamin serta memerintahkan Santhiea selaku pemohon  dalam kes itu untuk melapor diri di Balai Polis Air Itam pada setiap Sabtu.

Peguam itu berkata Mahkamah Tinggi turut memerintahkan gadis itu menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah dan pemohon tidak dibenarkan untuk memohon sebarang dokumen perjalanan termasuk pasport dan dokumen perjalanan lain.

Selain itu tertuduh turut dikehendaki  berada di kediaman dari jam 7 malam hingga 7 pagi  dan tidak dibenarkan meninggalkan negeri Pulau Pinang tanpa kebenaran mahkamah.

Pada 16 Julai 2020, Santhiea dituduh membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkan di rumah keluarganya di Air Itam, di sini. Pertuduhan terhadapnya dilakukan di Wad Bersalin Hospital Pulau Pinang berikutan remaja itu masih menjalani rawatan di hospital berkenaan.

Tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian bayinya di laluan ke kawasan tempat letak kenderaan aras 4, Sri Ivory Apartment, Bandar Baru Ayer Itam, di sini, pada 8.25 pagi, 10 Julai 2020  mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED