Translate

26 January 2021

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 26 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

26 JANUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,076 kes (149,160 kes kumulatif, 78.3%);
  • Kes baharu : 3,585 kes (190,434 kes kumulatif);
  • Kes import : 2 kes (1 warganegara, 1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 3,583 kes [3,053 warganegara (85.2%); 530 bukan warganegara (14.8%)];
  • Kes aktif : 40,574 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 280 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 111 kesdan
  • Kes kematian : 11 kes (700 kes kumulatif , 0.37%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,295 kes (36.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 948 kes (73.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 610 kes (17.0 peratus), dan Johor sebanyak 516 kes (14.4 peratus).

Sebanyak 59 kes (1.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (24 kes), Kluster Tembok Renggam (12 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (7 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (6 kes), Kluster Tembok Kemus (4 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Tembok Taiping (1 kes), Kluster Tembok Mempaga (1 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga (3) kes dari Sarawak, dan masing-masing satu (1) kes dari Perak, Johor, Selangor dan  Pulau Pinang. Sebanyak 10 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 26 Januari 2021;

  • Jumlah kluster : 753 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 397 kluster (termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Teguli dan Kluster Desa Pinang);
  • Jumlah kluster aktif : 356 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 95 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah  Kluster Pasai (111 kes), Kluster Seri Bayu (61 kes), dan Kluster Jalan Platinum (33 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tiga (3)  kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster komuniti, satu (1) kluster keagamaan, dan satu (1) kluster yang melibatkan pusat tahanan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan CochraneWP Kuala LumpurTempat kerja
2Jalan PlatinumJohorTempat kerja
3Intan DelimaNegeri SembilanTempat kerja
4Jalan Padi MahsuriJohorKomuniti
5Kampung Bukit PuteraTerengganuKomuniti
6Keladi SagaKedahKeagamaan
7Tembok Bukit BesiTerengganuPusat tahanan

INTEGRASI PERKHIDMATAN HOSPITAL SEKTOR AWAM DAN SWASTA DALAM TEMPOH DARURAT

Seperti yang diumumkan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara, Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memutuskan integrasi Perkhidmatan Hospital Sektor Awam dan Swasta dalam tempoh darurat bagi memastikan koordinasi yang sistematik dan jaminan akses kesihatan yang menyeluruh serta bersepadu dapat dilaksanakan untuk pesakit COVID-19 dan juga bukan COVID-19.

Pendekatan utama yang telah dikenal pasti adalah dengan meletakkan hospital awam (hospital-hospital di bawah KKM, hospital universiti awam, dan hospital angkatan tentera) dan hospital swasta di bawah pengoperasian secara hibrid, berdasarkan konsep Hospital Kluster di bawah Pusat Kawalan COVID-19 Bersepadu. Hospital Kluster ini akan beroperasi untuk merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 mengikut arahan yang akan dikeluarkan oleh KKM.

Sehingga 25 Januari 2021, terdapat 210 hospital swasta berlesen, di mana 129 hospital swasta menawarkan perkhidmatan pesakit dalam (inpatient) bagi bidang Perubatan Dalaman (internal medicine). Daripada jumlah tersebut, 96 hospital swasta telah bersetuju untuk menyediakan rawatan COVID-19 di mana jumlah katil setakat ini adalah 1,252 katil, 65 katil ICU, dan 54 mesin ventilator.

Kerajaan akan mengoptimakan kapasiti makmal sedia ada terutamanya di Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Universiti Awam bagi tujuan pengujian dan pengesanan COVID-19 secara berskala besar. Di samping itu, bangunan Kerajaan yang sesuai akan dikenalpasti di negeri/ daerah sebagai pusat pengambilan ujian swab. Mobilisasi aset seperti kenderaan juga akan diselaraskan untuk perkhidmatan kesihatan umum agar lebih bersepadu dan teratur. Sumber perubatan seperti peralatan, peralatan perlindungan diri (PPE), ubat-ubatan pula akan dimobilisasikan mengikut keperluan hospital terutamanya bagi perkhidmatan kesihatan umum termasuklah memobilisasikan anggota perubatan seperti jururawat dari hospital swasta khususnya yang mempunyai kepakaran tertentu untuk bertugas sementara di hospital awam.

Bagi mekanisma pembiayaan pesakit COVID-19 oleh pihak insurans di hospital swasta, perkara ini sedang diperhalusi oleh Kementerian Kewangan, KKM, Bank Negara Malaysia, dan industri insurans. Seperti yang disebut YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara, buat masa ini peranan sektor swasta diperkasakan bagi merawat pesakit COVID-19 yang mampu membayar.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

26 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 26 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,29556,664
SABAH30347,442
WP KUALA LUMPUR610 (2)22,275
JOHOR51617,276
NEGERI SEMBILAN12911,221
PULAU PINANG1047,379
PERAK585,584
KEDAH885,341
SARAWAK2053,704
MELAKA923,170
KELANTAN  763,003
PAHANG152,678
WP LABUAN12,033
TERENGGANU761,689
WP PUTRAJAYA15819
PERLIS2156
JUMLAH KESELURUHAN3,585 (2)190,434

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,585 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,295 kes 
    • 92 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 856 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 347 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 610 kes  
    • 94 kes daripada kluster-kluster, termasuk 26 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cochrane;
    • 262 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 252 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 516 kes
    • 231 kes daripada kluster-kluster, termasuk 57 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Platinum dan Kluster Jalan Padi Mahsuri;
    • 125 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 160 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 303 kes 
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 209 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 78 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 205 kes
    • 134 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 129 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Intan Delima;
    • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 104 kes 
    • 26 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 45 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 92 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 88 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Keladi Saga;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 76 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 76 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tembok Bukit Besi dan Kluster Kampung Bukit Putera;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 58 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang15 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 15 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis : Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 11 kes kematian pada 26 Januari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
690157946PerakLelaki (WN)84Hospital TaipingPenyakit kencing manis dan darah tinggi
691170457WP Kuala LumpurPerempuan (WN)77Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
692182538JohorLelaki (WN)84Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
693184812SelangorPerempuan (WN)49Hospital Tanjung Karang, Kuala SelangorEpilepsy
694185320WP Kuala LumpurPerempuan (WN)82Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
695185334WP Kuala LumpurLelaki (WN)55Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis dan buah pinggang kronik
696186470SarawakLelaki (WN)59Hospital SibuPenyakit darah tinggi, hyperthyroidism, dan jantung
697186490SarawakLelaki (WN)76Hospital Sibu
698189806Pulau PinangLelaki (WN)42Jenazah dibawa ke Hospital Pulau PinangPenyakit obesiti, Obstructive Sleep Apnoea (OSA), dan jantung
699190157SarawakLelaki (WN)92Hospital SibuPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan obstruktif paru-paru kronik (COAD)
700185400WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)54Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN COCHRANE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Januari 2021 hasil saringan bersasar terhadap pengawal-pengawal keselamatan sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Jalan Cochrane, Titiwangsa. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 76 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PLATINUM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Platinum, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 66 individu telah disaring, di mana 33 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PADI MAHSURI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-178903) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Kes-kes dalam kluster ini tinggal bersama di Jalan Padi Mahsuri, Taman Senai Baru, Kulai. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INTAN DELIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154243) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala yang mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri dari Johor. Kluster ini melibatkan sebuah institusi pendidikan awam yang terletak di antara Taman Bukit Intan dan Taman Bahagia Delima. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 253 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KELADI SAGA

Kluster berkaitan keagamaan ini melibatkan daerah Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171961) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Keladi dan Taman Saga, Kulim. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEMBOK BUKIT BESI

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-120811) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Januari 2021 hasil saringan tahanan di Pusat Koreksional Dungun, Bukit Besi, Dungun. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 1,131 individu telah disaring, di mana 99 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG BUKIT PUTERA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Setiu di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-144506) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Bukit Putera, Bandar Permaisuri, Setiu. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED